
BELI TIKET ATAU BARANGAN RASMI IAM-MME 2024, ANDA BERPELUANG MEMENANGI HONDA N-BOX!
International Automodified (IAM) Kuala Lumpur-Malaysia Motor Expo (MME) kini kembali dan bakal berlangsung dari 8 hingga 9 Jun 2024 di Kuala Lumpur Convention Centre.
Nah, bagi merancakkan lagi menjelang acara berkenaan, IAM-MME menawarkan Honda N-Box yang telah diubah suai secara percuma.
Anda berpeluang memenangi Honda N-Box secara percuma hanya dengan membuat pembelian tiket masuk atau membeli mana-mana barangan rasmi di International Automodified (IAM) Kuala Lumpur-Malaysia Motor Expo (MME).


IAM-MME tahun ini turut diadakan sempena sambutan tahun ke-20 Anugerah Kereta Terbaik Malaysia, memberi penghormatan kepada pengunjung dengan bukan sahaja cabutan bertuah N-Box tetapi juga koleksi modifikasi terbaik Malaysia.
Bukan itu sahaja, IAM-MME 2024 juga bakal mempamerkan pengeluar peralatan asli (OEM) dan menampilkan produk serta inovasi terkini dalam industri automotif.
Ini termasuk paparan kenderaan baharu, termasuk kenderaan elektrik, dan bahagian khas yang didedikasikan untuk pemenang anugerah Kereta Terbaik Malaysia 2023.


Selain itu, turut dipamerkan ialah pelbagai jenis kenderaan yang tidak terdapat di bilik pameran rasmi oleh pengimport kenderaan bebas.
Tiket kini dijual pada harga RM32 dan boleh didapati dalam talian melalui https://www.ticket2u.com.my/event/34477?r=r124
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.internationalautomodified.com dan www.malaysiamotorexpo.com.
Kemasukan adalah percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 10 tahun tetapi mereka mesti ditemani atau diawasi oleh sekurang-kurangnya 1 orang dewasa.
- BACA: GURU WANITA MAUT MOTOSIKAL LANGGAR LUBANG
- BACA: KEMALANGAN TRAGIS SEBUAH AITO M7 PLUS DI CHINA JADI PERHATIAN – ANTARA MITOS DAN KEBOLEHPERCAYAAN
- BACA: SPORTBIKE KTM KEMBALI: KTM 990 RC R 2025 DIDEDAHKAN – 126HP, 103NM
- BACA: MEMPERKENALKAN ALZA DAN AXIA DI BRUNEI, PERODUA SASAR TINGKAT JUALAN EKSPORT 79 PERATUS