Buletin

KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK MIFOLD FAMILY PENUHI KEPERLUAN IBU BAPA

SNS Products Sdn Bhd berkerjasama dengan Pa&Ma untuk melancarkan produk terbaharunya iaitu ‘mifold Family’ ke pasaran tempatan. 

Sebagai sebuah syarikat yang mengutamakan keselamatan kanak-kanak di Malaysia, SNS Products berbangga kerana menjadi pengedar rasmi bagi jenama mifold di Malaysia. Produk mifold sudah berada di  pasaran Malaysia sejak Mac 2017 lagi.

Mifold Family terdiri daripada tiga jenis kerusi keselamatan kanak-kanak iaitu mifold, mifold Sport dan hifold yang sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang berusia 4 tahun dan mempunyai berat 15kg ke atas.

Seiring dengan pengumuman oleh pihak kerajaan berkenaan dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak yang diwajibkan menjelang 2020, Mifold Family direka dengan bentuk yang kompak, ringan dan selamat digunakan kerana memenuhi Piawaian Keselamatan Eropah yang terkini iaitu ECE R44/04.

Ia sesuai untuk ibu bapa yang ingin meletakkan 3 kerusi keselamatan kanak-kanak di bahagian penumpang belakang, senang untuk di bawa bercuti, digunakan semasa berada di dalam kenderaan persendirian seperti teksi/grab. 

mifold:

  • mifold merupakan grab-and-go booster seat yang paling kecil di dunia. Saiznya yang kecil senang dibawa ke mana-mana sahaja.
  • mifold boleh dilaraskan sepenuhnya mengikut ketinggian anda. Sekaligus membolehkan tali pinggang anak berada di tempat yang sepatutnya.
  • Size mifold ialah 10 kali lebih kecil daripada booster yang biasa dan selamat digunakan.
  • Sesuai digunakan untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas dan dengan berat 15kg – 36kg dan tinggi sehingga 150cm.
  • mifold sudah berada di pasaran Malaysia sejak Mac 2017.

mifold Sport:

  • mifold Sport ialah grab-and-go-booster mewah bersaiz kecil dan selamat digunakan. 
  • Dengan rekaan yang lebih premium, si bapa akan menyukainya kerana ia sangat sporty. Manakala anak-anak pula akan lebih selesa dengan adanya tambahan kusyen.
  • Dengan saiz yang kompak, anda boleh menyimpan dan membawanya ke mana-mana sahaja.
  • mifold Sport sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas dengan berat 15kg – 36kg dan tinggi sehingga 150cm.

hifold:

  • hifold merupakan fit-and-fold booster yang merupakan inovasi terkini dikeluarkan oleh syarikat. 
  • Highback booster ini dilengkapi teknologi multi-fit yang unik dan boleh dilaras kepada 243 tetapan individu.
  • Highback booster mudah alih terbaik di dunia yang menggunakan sistem ‘multi-fold’  canggih. Boleh dilipat dengan cepat dan bersaiz kompak.
  • Senang di bawa kerana didatangkan dengan tali pemegang bahu dan hanya seberat 4.6kg!
  • Sesuai digunakan untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas dengan berat 15kg – 45kg dan tinggi 90cm – 150cm.

“Kami harap mifold dapat memberi penyelesaian kepada ibu bapa, terutama yang perlu meletakkan 3 car seat di bahagian penumpang belakang. Dengan reka bentuk yang kompak dan sangat ringan, mifold Family boleh dibawa bercuti dan digunakan semasa berada di dalam teksi/grab. 

“Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai kegunaan harian untuk kanak-kanak yang menggunakan pengangkutan persendirian ke sekolah. Sehingga kini, lebih 900,000 unit mifold telah dijual di 150 buah negara dalam masa 3 tahun,” kata Pengarah Eksekutif SNS Products, May Hwong. 

Google ads
Back to top button