,
Artikel Pilihan

PERATURAN KERUSI KANAK-KANAK: KEBAIKAN DAN KEKURANGANNYA

Kebaikan & Kekurangan Kerusi Kereta Bayi & Kanak2
===========================

Tak lama lagi dah nak masuk 2020. Katanya Malaysia akan/ingin mewajibkan penggunan kerusi kereta kanak2/bayi untuk mengingkatkan keselamatan anak2 Kita.

Sebagai seorang yang tinggal di negara yang mewajibkan penggunan kerusi kanak2 ni, izinkan saya berkongsi kebaikan & kekurangannya.

—————
Kebaikan
—————
1) Mengurangkan impak kemalangan
• Ye lah, “malang tak berbau”, jadi bila tak berbau, susah untuk kita jangka bila akan berlaku. Bila berlaku kemalanngan, anak2 yang berada dalam kerusi kereta ni tujahannya lebih terkawal. Ini kerana mereka duduk dan dilengkapi dengan tali pinggang keledar yang bersesuaian dengan saiz mereka.

2) Anak2 duduk diam didalam kereta.
• Senang cerita, mereka dah kene ‘tambat’, jadi tak la buas bermain dalam kereta.
• Ini membawa kepada kebaikan seterusnya, iaitu…

3) Pemandu (ibubapa) lebih fokus pada pemanduan.
• Ini adalah ciri keselamatan secara tak langsung.
• Kesan fokus ni boleh dirasakan lebih2 lagi bila hanya ada seorang dewasa dalam kereta (pemandu) dan anak ramai.

4) Memupuk kepentingan keselamatan memandu pada anak2.
• Dalam keadaan kelangkabut, kadang2 kita terlupa. Anak2 ni yang akan ingatkan “Baba lupa pakai tali pinggang!!!!!” 😅😅

5) Memudahkan perjalanan jauh
• Anak2 dalam kerusi ni lebih santai dan tak membuat ganguan. Jadi perjalanan jauh sangat menyenangkan.

—————
Kekurangan*
—————
1) Mengambil tempat duduk orang dewasa.
• Saiz kerusi kanak2 ni besar2. Dua kerusi kanak2 ni kalau letak pada barisan tengah tu penuh terus. Sedangkan barisan tengah ni boleh duduk untuk orang dewasa.
• Jadinya anak kalau ramai, kene beli kereta yang banyak tempat duduk. Allahu…

2) Mahal harganya
• Untuk permulaan, harganya agak mahal untuk B40 dan juga M40 yang ramai anak.
• Mungkin dimasa akan datang akan lebih murah bila ada terjual yang terpakai/second hand.

3) Punyai had berat dan perlu ditukar bila anak2 membesar.
• Kerusi kanak2 ni ada katogorinya mengikut had umur & berat.
• Negara perlu letakkan standard ini supaya kita pengguna boleh pilih yang paling sesuai untuk anak2 kita.
• Ada juga yang gabungan katogori seperti dalam gambar dibawah. Ni saya beli yang Group 2-3 untuk anak2 berat dari 15kg ke 36kg (anggaran umur 4thn ke 12thn). Ia lebih berat dari biasa & mahal tapi berbaloi kerana boleh pakai lama.

4) Perlu memunggah jika tukar kereta
• Ni antara yang penat kepada ibubapa.
• Bila tukar2 kereta, contoh hari biasa naik kereta ibu (ibu hantar ke sekolah) dan hujung minggu jalan2 dengan kereta ayah. Jadi kene memunggah.

5) Menyukarkan & melambatkan perjalanan pendek
• Anak2 punyai pelbagai ragam. Nak masukkan mereka satu persatu & pakaikan tali pinggang keledar, kemudian turun kereta dan naik semula merupakan satu cabaran. Bersabarlah…

—————

Inilah pandangan dari saya tentang kerusi kereta kanak2 untuk menjawab persoalan (Why?).

Bagi saya, cadangan yang kerajaan bawa adalah sangat baik (What?).

Akan ketapi perlaksanaan dan perancangan teliti harus fikirkan (How?) sebelum penguatkuasaan di buat. Ini supaya idea & program keselamatan ini dapat diterima masyarakat yang punyai pelbagai latar ekonomi.

Apa cara terbaik yang anda rasa patut kerajaan ambil untuk melaksanakan program ini?? Komen idea2 anda.

Dr Aid Fawzal
Middlesbrough UK

*Saya panggil kekurangan dan bukan keburukan kerana saya rasa, kerusi kereta kanak2 ni boleh selamatkan nyawa anak2 (secara lahiriah). Apa lagi yang lebih buruk (keburukan) daripada hilang nyawa anak2 kerana kecuaian Kita. Apa pun, nyawa tu milik Allah dan Kita perlu berusaha dahulu sebelum berdoa & tawakal.
**Dari dulu bapak teringin kerusi Recaro, tak dapat. Jadi bapak belikan untuk anak2. Jadilah.. hihihi

* Tulisan ini disumbangkan oelh Dr Aid Faizal.

KREDIT: DR AID FAWZAL

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button