
KES BEG UDARA TAKATA – GILIRAN FERRARI PULA UMUM RECALL
Ferrari kini memanggil sejumlah besar supercar yang telah dibina dari tahun 2009 hingga 2018 disebabkan oleh beg udara Takata sebelah penumpang yang bermasalah.
Antara model yang terjejas termasuklah California, California T, 458 Itali/Spider/Speciale, 488 GTB/Spider, FF, GTC4 Lusso, F12 dan F12 tdf.
Para pemilik model tersebut di Amerika Syarikat boleh memeriksa status kenderaan yang terjejas dengan melayari laman web yang disediakan khas.
Faktor seperti kepanasan, kelembapan dan masa dikatakan mampu mengakibatkan bahan propelan di dalam inflator beg udara akan merosot dan mampu menyerap kelembapan.
Di dalam situasi seperti kemalangan, inflator beg udara itu mampu pecah dan mengakibatkan kecederaan atau kematian kepada penumpang disebabkan oleh serpihan logam tajam itu tadi. – Motor1