Motosikal

RASMI: YAMAHA TENERE 700 DILANCARKAN – RM69,988

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan rasminya memperkenalkan Yamaha Tenere 700 untuk pasaran tempatan dengan harga jualan disyorkan RM69,988. 

HLYM telah pun mempamerkan Tenere 700 ini lebih awal ketika di Karnival GenBlu Yamaha yang berlangsung Kota Kinabalu, September lalu. Menariknya, Tenere 700 ini merupakan model pemasangan tempatan (CKD) dan merupakan model generasi terbaru yang dijual di pasaran global. 

Untuk pasaran tempatan, hanya warna Icon Blue ditawarkan.

Generasi terbaru Tenere 700 ini dinaik taraf dengan panel meter TFT 5-inci menggantikan skrin digital LCD sebelum ini. Skrin tersebut juga boleh disambung ke telefon pintar bagi memberi akses kepada emel, mesej teks dan maklumat panggilan. Bukan itu sahaja, skrin TFT itu juga boleh diasmbungkan kepada aplikasi My Ride Yamaha. 

Naik taraf lain termasuk wayar tersedia jika mahu mengaktifkan sistem QS (quickshifter), lever brake depan baharu dan lampu isyarat LED.

Bagaimanapun, pakej elektronik terbesar diberikan pada Tenere 700 ini adalah tiga tetapan ABS baharu yang boleh ditetapkan sama ada ‘OFF’, ‘ON’ dan ‘REAR OFF’. 

Antara ciri lain yang terdapat pada Yamaha Tenere 700 termasuk:

  • kerangka double-cradle tubular steel
  • fork depan jenis upside/down 43mm boleh laras
  • suspensi belakang boleh laras
  • rim 21-inci depan dan 18-inci belakang
  • tangki 16L

Untuk rekod, Yamaha Tenere 700 dikuasakan enjin 689cc CP2 dengan ‘270-degree crank’ yang menawarkan  72.3hp pada 8,750rpm dan 67Nm pada 6,500rpm. 

Dalam pada itu, setiap pembelian Yamaha Tenere 700 ini juga disertakan dengan Yamaha Disc Lock bernilai RM100. 

GALERI:

Google ads
Back to top button