Artikel PilihanBuletin

KESUDAHAN YANG SEMPURNA UNTUK 3 PENCABAR DALAM PERLUMBAAN TOYOTA VIOS CHALLENGE

Pencabar-pencabar utama dalam 3 kelas berbeza berjaya merangkul kejayaan dalam perlumbaan pertama Toyota Vios Challenge yang diadakan di Stadium Batu Kawan semalam. Ia sekaligus memberikan kelebihan dan kelebihan untuk mereka dalam perlumbaan yang akan datang.

Tengku Djan Ley, Hayden Haikal dan Shawn Lee memberikan persembahan menarik sekaligus memenangi kategori Super Sporting, Sporting dan Promotional Class. Ia memberikan kelebihan mata untuk mereka dalam saingan seterusnya.

Super Sporting Class

Super Sporting Class menyaksikan pelbagai aksi hebat disajikan oleh 23 pelumba dan dikuasai oleh Tengku Djan yang mendapat petak pertama sehinggalah ke akhir perlumbaan. Djan meninggalkan Mark Darwin dari Laser Motor di tempat kedua dan Brendan Paul Anthony dari Dream Chaser di tempat ketiga.

Djan menguasai perlumbaan dengan sempurna dan berjaya menjarakkan kereta beliau dari pelumba lain. Beliau dicabar hebat oleh Kenny Lee dari Kegani Racing sebelum kereta Lee terlanggar dinding penahan pada pusingan ke Sembilan dan membolehkan Mark dan Brendan berada pada kedudukab kedua dan ketiga.

Sporting Class

Dalam kategori ini pula Mirza Syahmi Mahzan dari pasukan Aylezo Motorsports bermula dengan baik dari petak pertama perlumbaan 22 pusingan ini. Hayden Haikal, Kenneth Loh dan Adam Khalid cuba mencabar sesame mereka.

Malang menimpa Mirza pada pusingan kelima bila beliau terbabas sewaktu bersaing dengan untuk tempat teratas dengan Hayden sekali gus memaksa beliau menamatkan perlumbaan dan menyerahkan tempat pertama kepada Hayden.

Walaupun kesemua mereka mereka merupakan bukan calang-calang pelumba tetapi sedikit nasib dan kesilapan memang akan menjejaskan peluang untuk bergelar juara.

Promotional Class

Ia merupakan kelas paling diminati ramai kerana membariskan para selebriti popular sebagai pelumba. Kali ini giliran Shawn Lee bergelar juara diikuti oleh Nabil Ahmad dan pelakon Shukri Yahaya di tempat ketiga.

Permulaan dimulakan di belakang kereta keselamatan kerana hujan kebat tetapi berjaya diteruskan seperti biasa selepas pusingan keenam. Ramai yang memilih untuk memandu dengan cermat dan selamat akibat trek yang basah.

Peminat di Pulau Pinang berpeluang menyaksikan pelbagai acara yang disediakan sempena TGR Festival di Pulau Pinang kali ni termasuklah pameran pelbagai kenderaan baharu Toyota dan pertunjukkan drift dari pelumba Jepun yang dibawakan oleh Toyio Tires.

Terdapat juga pelbagai Permainan dan aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga selain sesi autograf peminat bersama artis-artis yang menyertai Promotional Class. Sebagai bonus, mana-mana kenderaan Toyota yang dibeli sepanjang TGR Festival ini berlangsung membolehkan pembeli menerima baucar servis bernilai RM200. Jadi tunggu apa lagi, jom ke TGR Festival beramai-ramai.

Google ads
Back to top button