
KERETA POLIS DIREMPUH DI LEBUH RAYA PERSEKUTUAN. MUJUR TIADA YANG CEDERA
Anggota polis yang sedang mengawal trafik nyaris cedera apabila kereta peronda dilanggar oleh seorang pemandu di Lebuh Raya Persekutuan, pada jam 4.10 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din memberitahu sebelum kejadian, berlaku satu kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motosikal di lebuh raya tersebut menghala ke Kuala Lumpur.
Anggota polis yang menaiki kereta peronda tiba di lokasi kemalangan pada 4.05 pagi. Beliau kemudian meletakkan kereta peronda di belakang kenderaan yang rosak teruk di tengah-tengah jalan.
Kereta peronda polis menyalakan lampu biru dan lampu kecemasan, kemudian keluar dari kereta untuk membantu mengawal lalu lintas.
“Namun secara tiba-tiba, sebuah Nissan Teana yang datang dari arah belakang merempuh kereta peronda polis itu,” kata Mohd Zani dalam satu kenyataan.
Mujur tiada yang cedera dalam rempuhan tersebut. Suspek kemudian dibawa ke balai polis trafik untuk tindakan lanjut.
Laporan terbaru mendedahkan bahawa suspek didapati negatif alkohol. – Astro Awani kredit foto: Harian Metro
- BACA: PEMANDU MABUK SEBABKAN KEMATIAN BAKAL DIHUKUM PENJARA 20 TAHUN
- BACA: KELUARGA MANGSA MAUT DILANGGAR PEMANDU MABUK MAHU AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG
- BACA: PEKERJA KILANG MAUT, ISTERI PARAH DIREMPUH PEMANDU MABUK. APALAH NASIB 5 ORANG ANAK KECIL MEREKA…
- BACA: DOKTOR MABUK LANGGAR PENUNGGANG MOTOSIKAL TERUK DIBELASAH DI INDIA