Buletin

GR SUPRA 2021. ENJIN 20.L, LEBIH MURAH, TETAP BERKUASA

GR Supra baru sahaja dilancarkan pada tahun lalu. Tetapi Toyota nampaknya tidak sabar untuk menawarkan model yang telah ditambah baik tahun depan. 

GR Supra 2021 bakal dilengkapi enjin empat selinder 2.0 liter turbo. Seperti yang sudah dijangka ia datang dari pada BMW yang mampu menjana kuasa 255hp dan 400Nm pada 1,550 hingga 4,400 rpm. Jentera tu dilihat sebagai pengisi jurang di antara Toyota 86 dan Supra 3.0 liter. 

Biarpun begitu, model asas GR Supra 2.0 tidak perlahan. Menggunakan kotak gear lapan kelajuan yang sama, ia berupaya memecut dari 0-100km.j dalam masa 5 saat sahaja dengan kelajuan maksimum 250km.j. Ini sekali gus menjadikannya kereta kedua paling laju selepas Supra 3.0L.

Selain harga yang lebih murah, Supra empat selinder itu menawarkan tahap penggunaan bahan api lebih baik. Penjimatan itu dicapai menerusi enjin lebih kecil dan beratnya (hampir 100kg lebih ringan). Enjin lebih kecil membolehkan jentea itu menggunaka brek rotor dengan omboh angkup tunggal.

Bukan itu sahaja, ia dipasang dengan empat unit pembesar suara (bukannya 10 macam Supra 3.0) dan tempat duduk yang dilaras secara manual. Model itu juga tidak dilengkapi suspensi adaptif dan Active Diffrential. Nisbah berat 50:50 bagaimanapun dikekalkan.  

Supra 3.0 tahun 2021 diberi lebih kuasa menjadi 382hp, naik 47hp berbanding model sebelumnya dengan tork 499Nm.  Kuasa itu membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam masa 3.9 saat sahaja. 

Pasukan jurutera Toyota berusaha keras untuk meningkatkan aspek ketegaran badan dan keupayaan ketika mengambil selekoh. Ia berjaya dicapai dengan penggunaan pelekap aluminium ringan yang mengikat topang dengan penyokong radiator. Di samping talaan peredam baharu. 

Model Laun Edition 2020 pula akan diganti dengan GR Supra A91 Edition yang terhad kepada 1,000 unit sahaja.

Ia didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam atau biru. Pakej untuk model baharu itu merangkumi spoiler belakang gentian karbon berwarna hitam, rim hitam matte, pelekat pada tiang C dan perumah cermin sisi gentian karbon. 

Mazda CX30

Di ruang kabin, tempat duduknya dilabut kulit Alcantara berwarna hitam dengan jahitan benang biru, bekas kunci dan pelabik ruang kargo belakang. Perubahan terakhir ialah skrin paparan bersaiz 8.8 inci yang menggantikan unit 6.5 inci. 

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button