Buletin

KIA BANGUNKAN TRANSMISI 8 KELAJUAN UNTUK MODEL FWD

Kia dilaporkan telah membangunkan transmisi lapan kelajuan automotik untuk model pacuan roda hadapannya.

Kia-FWD-8-speed-AT-mekanika (2)

Dikenali sebagai FWD 8AT, ia dibangunkan sendiri oleh Kia. Antara aspek penting reka bentuknya adalah untuk menawarkan tahap kecekapan mekanikal yang tinggi dan penukaran gear lancar.

Kotak gear itu 3.5kg lebih ringan berbanding transmisi enam kelajuan yang digantinya. Kia membangunkannya sejak tahun 2012 dengan 143 paten telah didaftarkan. Kereta pertama menggunakan kotak gear tersebut ialah Kia Cadenza 2017 yang akan dipadankan dengan enjin V6 GDI 3.3 liter.

Kia merancang untuk memasang kotak gear itu ke dalam lebih banyak model, terutama kenderaan bersaiz sederhana dan besar. Transmisi tersebut dikatakan lebih baik kerana dapat mengurangkan masalah kehilangan kuasa.

Kia-FWD-8-speed-AT-mekanika (3)

Bukan itu sahaja, struktur badan injap juga telah diringkaskan. Kia berjaya mengurangkan jumlah injap daripada 20 kepada 12 sahaja, selain menawarkan penukaran gear lebih pantas.

Berbanding kotak gear enam kelajuan, perubahan nisbah paling besar di antara paling tinggi dan rendah telah dinaikkan sebanyak 34 peratus. Hasilnya, ia lebih menjimatkan, kurang bunyi bising dan getaran dalam apa jua corak pemanduan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button