Buletin

MASSA UMUM BERSARA DARI GRAND PRIX FORMULA 1

Felippe Massa membuat kejutan dengan mengumumkan akan pengundurannya dalam sukan berprestij dunia Grand Prix Formula Satu.

Pelumba dari Brazil ini telah berkecimpung dalam arena F1 selama 14 tahun dan menyatakan sudah sampai masanya beliu bersara. Pengumuman tersebut dibuat bersama ketua pasukan William, Claire Williams di sisi isteri Massa, anak lelaki beliau, bapa dan pengurusnya.

Massa memulakan karier F1 bersama paasukan Sauber pada tahun 2002 sebelum diuji selama setahun bersama pasukan Ferrari. Beliau kembali ke pasukan Sauber dua tahun berikutnya dan kemudian ke pasukan Ferrari bagi menggantikan Rubens Barrichello.

Bersama Ferrari Scuderia, beliau telah mencatat 11 kemenangan dan hanya tewas sekali pada 2008 di tangan Lewis Hamilton. Selepas sukses bersama Ferrari, beliau menyambung karriernya bersama pasukan Williams dan setakat ini telah menyumbang 5 kemenangan podium.

massa (1)

Ketika ini, beliau menduduki tangga ke 10 bagi kutipan mata pemandu dan di penghujung musim ini di Abu Dhabi, Massa akan mencetak sejarah peribadinya berlumba bersama Grand Prix F1 untuk kali yang ke 250.

“Saya mengambil keputusan ini ada 2 sebab utama, 10 tahun lalu, Michael Schumacher mengumumkan persaraan beliau untuk memberi laluan kepadanya bersama Kimi Raikkonen yang telah menandatangai perjanjian bersama Ferrari lebih awal” – ujar beliau.

Beliau juga mengakui telah berfikir panjang sejak beberapa bulan lepas, kerana itu juga tidak mahu berbincang dengan Williams untuk kontrak tahun 2017.

“Saya telah membuat keputusan ini, dan inilah masanya saya keluar dari sukan yang penuh berprestij. Sekurang-kurangnya saya telah capai apa yang diimpikan,” sambungnya lagi.

Google ads
Back to top button