Buletin

KIA CARNIVAL DIPANGGIL BALIK AKIBAT PINTU GELUNGSUR ROSAK. 14 KECEDERAAN DISAHKAN DI USA

Di Amerika, ia dikenali sebagai Kia Grand Sedona. Di pasaran lain, ia dikenali sebagai Grand Carnival. Sejak diperkenalkan pada pertama kalinya pada 1998, ia merupakan flagship MPV Kia untuk pasaran global dan generasi ketiga ini mendapat pujian meluas dari media seluruh dunia.

Baru-baru ini, NHTSA (National Highway Traffic Safety Administration) lembaga yang bertanggungjawab untuk hal-ehwal panggil semula (recall) di Amerika telah mengumumkan panggilan semula kepada Kia Sedona yang dikeluarkan pada tahun 2015-2018 yang dilengkapi pintu gelungsur berkuasa.

BACA: NAZA KIA LANCAR GRAND CARNVAL, RM153K

Berbeza dengan Malaysia, di Amerika, banyak trim diperkenalkan dan pintu gelungsur berkuasa adalah sebagai opsyen. 

Kia Motors Amerika mengesahkan telah menerima 21 aduan mengenai pintu berkuasa yang mempunyai masalah mekanisme bukaan dan tutupan dan 14 kecedeaan dilaporkan akibat masalah tersebut.

Menurut NHTSA, pintu gelungsur MPV itu mungkin tidak berfungsi dengan baik disebabkan kerosakan perisian dan boleh menyebabkan kecederaan.

BACA: KIA GRAND CARNIVAL CKD DENGAN SPEC LEBIH BAIK!

“Kenderaan yang dipanggil balik dilengkapi pintu gelungsur berkuasa elektrik dengan ciri berhenti automatik dan pembalikan yang direka untuk membalikkan pergerakan pintu kembali terbuka apabila halangan dirasakan”, jelas NHTSA.

“Oleh kerana terdapat masalah yang diprogramkan modul kawalan pintu kuasa, pintu gelangsar kuasa mungkin tidak berbalik arah apabila ada halangan tertentu.”

Mazda CX30

Kia Motors memberitahu bahawa 106,428 Sedona berada di atas jalan yang dikeluarkan pada 21 Julai 2014 hingga 6 Disember 2017 termasuk dalam senarai panggilan semula ini.

Kia mengesahkan beberapa kecederaan berkaitan dengan masalah ini. Sehingga 17 Mei lalu, Kia telah mengenal pasti bahawa 14 daripada 21 aduan melaporkan kecederaan, dan mengesahkan dua daripada mereka.

Pemilik kenderaan terjejas termasuk dalam kempen keselamatan ini akan diberitahu melalui surat pada 18 Jun. Pembaikan itu dbuat dengan memprogram semula perisian modul pintu gelangsar kuasa secara percuma.

Sementara itu di Malaysia, Naza Kia Malaysia Sdn. Bhd. (NKM) belum mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen.

BACA: KIA GRAND CARNIVAL SX, LEBIH MEWAH

Tags
Google ads
Back to top button