Buletin

KIA GRAND CARNIVAL SX – VARIAN BAHARU YANG LEBIH MEWAH, RM188,888

Naza Kia Malaysia hari ini memperkenalkan varian baharu MPV Grand Carnival SX. MPV tersebut menggabungkan aspek gaya, praktikaliti dan versatiliti untuk kegunaan harian.

Dari segi luaran, Grand Carnival 2.2D SX diserlahkan dengan rim krom bersaiz 19 inci, berbanding varian KX 18 inci. Ia juga dipasang lampu HID dengan lampu posisi dan sistem pelarasan automatik.

Bahagian hadapannya semakin agresif dengan gril ‘tiger nose’ yang menjadi reka bentuk signatur Kia bersama material mesh hita berkilat. 

Kemewahan ruang dalaman MPV ini diserlahkan dengan tempat duduk dibalut kulit dua tona coklat bersama kemasan kayu. Sistem audio pula terdiri daripada skrin sentuh bersaiz lapan inci yang sesuai untuk ciri Android Auto dan Apple CarPlay.

Pemandu boleh melihat semua maklumat pemanduan menerusi kluster TFT LCD bersaiz tujuh inci. Penumpang tempat duduk baris kedua pula disediakan dengan dua skrin yang dipasang pada perehat kepala pemandu dan penumpang hadapan yang boleh disambung menggunakan WiFi.

Sistem hiburan dipertingkatkan dengan enam unit pembesar suara, port USB dan AUX-in.

Grand Carnival 2.2D SX dikuasakan oleh enjin turbo diesel berkuasa 190hp dan tork 440NM yang dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan. Jentera ini masih menggunakan topang MacPherson pada roda hadapan dan multi-link di belakang.

Ditawarkan pada harga RM188,888 (dii atas jalan tidak termasuk insurans), anda boleh memilih beberapa warna menarik seperti putih mutiara, hitam mutiara, blackberry dan perak (varian SX sahaja). 

Dengan pengenalan model ini, varian EX tidak lagi ditawarkan.

GALERI

Google ads
Back to top button