Buletin

KIA K900 PACUAN RODA BELAKANG

Los Angeles Auto Show 2013 menjadi medan buat Kia memperkenalkan sedan yang dilengkapi sistem pacuan roda belakang dan sudah lama ditunggu-tunggu, Kia K900. 

7646_1_2

Sedan yang bakal bersaing dalam segmen premium itu dilengkapi pelbagai ciri terbaik dan reka bentuk menawan. Ia demi mengubah persepsi dan ekspektasi pengguna terhadap jenama Kia.

7647_1_2

“Kebangkitan ketara Kia sejak lima tahun lalu banyak disumbang oleh keinginan untuk mencabar status quo menerusi model-model seperti Optima, Sorento dan Cadenza. K900 menjadi bukti kemampuan dan membantu mengukuhkan jenama Kia di pasaran Amerika,” kata Timbalan Presiden Eksekutif, Pemasaran dan Komunikasi Kia Motors America, Michael Sprague.

7641_1_2

K900 dijana oleh opsyen enjin V6 atau V8 yang didatangkan bersama barisan teknologi tercanggih daripada Kia. Varian V8 ditawarkan dengan VIP Package. Ia menjadi sedan pertama Kia yang dikuasakan oleh enjin V8.  Enjin aluminium 32 injap Tau DOHC bersesaran lima liter itu mampu menghasilkan kuasa sehingga 420hp.

7637_1_2

Enjin tersebut direka agar ekonomikal menerusi sistem Gasoline Direct Injection (GDI) dan sistem pemasaan CVVT. Ia kemudian dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan yang baru. Pemandu juga boleh memilih mode pemanduan Eco, Normal dan Sport yang dibezakan melalui tahap sensitiviti stereng.

7650_1_2

Enjin V6 Lamba bersesaran 3.8 liter pula berupaya menjana kuasa mencecah 311hp. Sekali gus menjadikannya enjin V6 paling berkuasa dalam barisan model Kia. Sistem pengambilan tiga peringkat dikenali sebagai Variable Intake System (VIS) pula direka untuk menawarkan kuasa tork pada putaran rpm rendah dan sederhana. Dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan, versi V6 hadir dalam Luxury Package dan Technology Package.

7638_1_2

Menjengah ke ruang kabin, K900 mengetengahkan kemewahan dan teknologi. Bagi varian VIP V8, pemandu dan penumpang ditawarkan dengan panel instrumen TFT bersaiz 12.3 inci, paling besar yang pernah ada dalam mana-mana kenderaan Kia.

7642_1_2 (1)

Kualiti bunyi dan hiburan pula dijamin menerusi sistem audio Lexicon berkuasa 900 watt. Sistem itu terdiri daripada 17 unit pembesar suara, selain amplifier digital 12 saluran dan sebuah subwoofer.

7652_1_2

Kedua-dua sedan mewah ini dijangka mula dijual di pasaran Amerika Syarikat mulai suku pertama 2014.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button