Buletin

KLIMS’13: NISSAN ALMERA NISMO PERFORMANCE PACKAGE

Berita baik untuk pemilik Almera dan peminat Nismo. Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah menambah satu lagi model sporty ke dalam rangkaian produknya menerusi pelancaran Nissan Almera NISMO Performance Package pada Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS’13). 

05 Kaneko_Speech

Menampilkan penambahbaikan eksklusif, Nissan Almera NISMO Performance Package mengukuhkan lagi strategi NISMO iaitu “Innovasi dan keterujaan memandu untuk peminat kereta”. Model ini disasarkan kepada mereka yang inginkan sebuah Almera yang lebih dinamik dan tersendiri.

“Nissan Almera NISMO Performance Package fokus untuk menawarkan keseronokan memandu dan keselamatan,” kata Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng.

04 Almera NISMO_front quarter

NISMO merupakan jenama sukan bermotor dan penala kereta berprestasi untuk kenderaan Nissan.  Ia menawarkan teknologi inovatif dan berprestasi tinggi kepada rangkaian pelanggan yang lebih luas untuk kegunaan di jalan biasa.

SONY DSC

Dipengaruhi oleh kepakaran NISMO dalam sukan bermotor, satu aerokit baharu telah dihasilkan yang menambah keupayaan aerodynamik Almera. Rim aloi NISMO unik bersaiz 16 inci dibalut dengan tayar Continental dan dipadankan bersama Sistem Suspensi Prestasi NISMO yang meningkatkan aspek cengkaman serta menyerlahkan penampilannya di atas jalan. Kelengkapan NISMO disempurnakan lagi dengan Peredam Ekzos Sport (Sports Exhaust Muffler) NISMO.

SONY DSC

Penambahbaikan Nissan Almera didatangkan dalam dua pakej iaitu NISMO Performance Package dan NISMO Aero Package. Ia ditawarkan untuk semua varian Nissan ALMERA yang hadir dalam empat warna iaitu putih, hitam, perak dan emas.

12 Almera NISMO_Back side

NISMO Performance Package terdiri daripada lima komponen Aerokit termasuklah spoiler bampar hadapan dan belakang, skirt sisi serta trunk lid spoiler. Selain satu set 4 rim aloi NISMO bersaiz 16 inci yang dibalut dengan tayar Continental dan Sistem Suspensi Prestasi NISMO.

NISMO 16-inch Alloy Wheels

Sementara NISMO Aero Package pula hanya meliputi alat ganti Aero dan satu set 4 rim aloi NISMO bersaiz 16 inci dengan tayar Continental.

NISMO Performance Suspension System

Nissan Almera NISMO Performance Package dijual pada harga RM13,000 manakala Nissan Almera NISMO Aero Package pula pada harga RM8,000.

NISMO Sports Exhaust Muffler

Pakej Nissan Almera NISMO

NISMO Performance Package

(RM13,000)

NISMO Aero Package

(RM8,000)

Harga Alat Ganti Berasingan
Aerokit (termasuk Spoiler Bampar Hadapan, Spoiler Bampar Belakang,  Skirt Sisi dan Trunk Lid Spoiler)

 

Aerokit (termasuk Spoiler Bampar Hadapan, Spoiler Bampar Belakang,  Skirt Sisi dan Trunk Lid Spoiler)

 

RM3,600
Rim Aloi NISMO bersaiz 16 inci   (Satu set: 4)

 

Rim Aloi NISMO bersaiz 16 inci   (Satu set: 4)

 

RM2,800 setiap set
Tayar Continental Max Contact MC5 (Satu set: 4) Tayar Continental Max Contact MC5 (Satu set: 4) RM1,600 setiap set
Peredam Ekzos Sport NISMO   RM 2,000
Sistem Suspensi Prestasi NISMO   RM 3,000

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button