
TEKNOLOGI KESELAMATAN KENDERAAN ADA HADNYA – TAPI RAMAI YANG TIDAK SEDAR
Kemajuan dalam teknologi keselamatan kenderaan memang mengkagumkan dan bergerak ke depan dalam masa yang singkat. Mungkin sebab itulah jumlah korban kemalangan jalan adalah (1.3 juta orang setahun seluruh dunia) jauh lebih rendah daripada korban penyakit yang diakibatkan oleh obesiti (2.8 juta orang setahun).
Tapi satu kajian oleh pihak AAA Foundation of Traffic Safety mendapati satu masalah baru muncul di mana para pemandu gagal memahami batasan sistem keselamatan kenderaan walaupun ianya merupakan teknologi terbaru di pasaran. Mereka sepatutnya sedar yang setiap teknologi itu mempunyai batasannya tersendiri.
Ramai pemandu didapati bergantung harap sepenuhnya kepada ciri keselamatan moden seperti adaptive cruise control, sistem pengawasan blind-spot dan brek automatik. Kajian juga bertumpu kepada sama ada pemandu bersedia untuk kenderaan semi autonomi di mana mereka masih perlu mengawal kenderaan dalam keadaan tertentu dan bukannya sepertimana yang terdapat pada kenderaan autonomi penuh.
Satu contoh tragik ialah kemalangan maut di Arizona melibatkan kenderaan Uber Volvo XC60 dengan pelbagai ciri keselamatan terkini dan seorang pejalan kaki yang sedang melintas jalan pada waktu malam. Punca kejadian dikatakan bila pemandu tidak memberikan perhatian yang sepatutnya dan menyerahkan pemanduan kepada sistem sepenuhnya. Kajian AAA berjaya menemui tiga ciri keselamatan yang kebanyakannya membuatkan pemandu menjadi lalai.
Contoh pertama ialah sistem adaptive cruise control. Berdasarkan kajian AAA, hampir 29 peratus pemandu yang menggunaan sistem ini gemar melakukan ‘aktiviti’ lain sebaik sistem diaktifkan.
BACA: ACER DEDAHKAN TEKNOLOGI KENDERAAN PANDU SENDIRI
Tapi itu belum boleh lawan kepada keyakinan pemandu terhadap sistem pengawasan blind-spot. 80 peratus responden didapati langsung tidak memahami had sistem ini khususnya dalam mengesan kehadiran kenderaan, basikal, pejalan kaki dan macam-macam lagi. Disebabkan itulah 25 peratus menukar lorong tanpa menoleh kiri dan kanan.
Satu lagi perkara membimbangkan ialah ramai responden yang memahami perbezaan antara amaran perlanggaran hadapan (forward-collision warning) dan sistem brek automatik. Yang pertama tu sekadar untuk amaran manakala yang kedua tu alan bertindak. 33 peratus lagi pula gagal memahami yang sistem brek automatik bergantung kepada kamera dan sensor yang mungkin terhalang oleh kotoran dan debu.
Sistem teknologi keselamatan kenderaan memang dihasilkan dengan tujuan dan keupayaan tersendiri tapi ia mungkin menjadi punca kemalangan khususnya dalam kenderaan semi-autonomi jika pemandu sentiasa leka dan gagal memahami fungsi-fungsinya.
Kredit Carbuzz.com