Buletin

KIA RIO 2023 DI AS, HARGA MULA AS$16.4K (RM76.4K)

Kia Rio generasi keempat diperkenal di pasaran tempatan pada 2017 dengan harga RM79,888 dan merupakan angka kompetitif dalam menyaingi sedan buatan Jepun.

Penawaran kenderaan Kia di pasaran tempatan sedang disusun semula dan Rio tidak dijual malah sejak beberapa tahun sebelum ini lagi.

Di bawah pengurusan baharu, model Kia kekal kompetitif sebagai contoh MPV Carnival 11 tempat duduk (CBU) dijual pada harga RM196,341.

Di Amerika Syarikat Kia Rio sedan dan hacbek masih dijual dan menjadi kenderaan aras permulaan.

Berapakah harganya? Bermula daripada AS$16,450 (RM76,492). Selain harga rendah, kadar penggunaan petrol pula munasabah iaitu sehingga 17.4 km/l (lebuh raya) dan 13.6 km/l (bandar) dari enjin 1.6 liter.

Rio 2023 yang diperkenalkan di AS tidak mempunyai perubahan besar dan hampir menyamai model sebelum ini.

Rio kekal digerakkan enjin 1.6L Gamma II MPI berkuasa 120 hp dan tork 151.8 Nm.

Apa yang baharu ialah sensor pelincir yang memperingatkan pemandu apabila minyak enjin berada pada tahap rendah.

Rio kekal digerakkan enjin 1.6L Gamma II MPI berkuasa 120 hp dan tork 151.8 Nm.

Kelengkapan keselamatan standard pula seperti Kawalan Penstabilan Elektronik (ESC), Pengurusan Penstabilan Kenderaan (VSM) dan Bantuan Mula Mendaki (HAC).

Kelengkapan canggih lain pun ada dan dijadikan pilihan S Tech Package seperti Pengelakan Pelanggaran Berdepan dengan Pengesanan Pejalan Kaki, Bantuan Pengekalan Lorong dan Bantuan Ikutan Lorong.

Turut ditawarkan Bantuan Lampu Puncak, Amaran Perhatian Pemandu dan Amaran Penukaran Lorong.

Berikut pula harga Kia Rio 2023 yang dibahagikan ringkas kepada tiga varian (tidak termasuk penghantaran):

  • Rio LX sedan: AS$16,450 (RM76,492)
  • Rio S sedan: AS$17,090 (RM79,468)
  • Rio S (hacbek): AS$ (RM80,863)

BACA: KIA MALAYSIA MULA HASILKAN CARNIVAL CKD DI KILANG INOKOM KULIM

BACA: SPORTAGE MODEL KIA NOMBOR 1 DI AMERIKA SYARIKAT DARI JAN HINGGA JUN 2022

BACA: KIA FORTE GT 2022, 1.6L TURBO 200HP 6 KELAJUAN MANUAL!

Google ads
Back to top button