Artikel PilihanMotosikal

“BUANG JE BENDERA HITAM (MOTOGP) KALAU DAH TAK NAK PAKAI” – ALEIX ESPARGARO

Tajuk di atas memetik kata-kata pelumba MotoGP, Aleix Espargaro yang cukup kagum kerana Marc Marque tidak dikenakan bendera hitam sewaktu berlumba dengan agresif di Argentina. Espargaro percaya yang terdapat perbezaan yang amat ketara antara sentuhan (contact) sewaktu berlumba dengan sengaja ‘menghentam’ pelumba lain seperti yang dilakukan oleh Marquez.

Kritikan Espargaro ditujukan khusus petugas-petugas khususnya Pengarah Perlumbaan yang gagal mengibarkan bendera hitam walaupun aksi demi aksi dilakukan oleh Marquez dalam perlumbaan tersebut.

Pelumba ini secara berterus terang menyatakan yang beliau cukup pelik dengan drama yang berlangsung dalam perlumbaan kedua musim 2018. Bukan itu sahaja, beliau turut menyatakan yang terlalu banyak kesalahan yang terlepas begitu sahaja tanpa apa-apa tindakan daripada pihak Pengarah Perlumbaan.

Espargaro turut menjadi ‘mangsa ‘ Marquez dalam perlumbaan itu sehingga terbabas dan menghadapi kesukaran untuk kembali bersaing dalam kelompok utama.

Apalah gunanya bendera hitam jika ia tidak dikibarkan, rungut Espargaro bila merujuk kepada aksi Marquez. Baik campak ke lombong bendera hitam jika memang tidak akan dikibarkan (yang ni ayat kami sendiri). Adalah membazir untuk membawa bendera ini ke serata dunia tetapi tidak digunakan bila perlu, sambung beliau lagi.

BACA: MOTOGP ARGENTINA: MARQUEZ PERTAHAN TINDAKANNYA SELEPAS INSIDEN DENGAN ROSSI

Espargaro memberi contoh Danilo Petrucci yang disifatkan beliau sebagai pelumba paling ‘jahat’ dalam perlumbaan dan akan sentiasa mencari peluang untuk ‘melanggar’ pelumba lain sewaktu berlumba.

Sentuhan ataupun contact sewaktu berlumba adalah perkara biasa kata beliau. Ia perlu ada untuk menghidupkan lagi sesebuah perlumbaan tatpi melanggar pelumba lain dengan sengaja adalah sangat mengarut dan pelumba terbabit sepatutnya digantung sekurang-kurangnya satu perlumbaan.

Begitu juga dengan aksi berselisih ataupun memotong dengan jarak rapat yang menurutnya akan membuatkan perlumbaan bertambah menarik tapi perlanggaran dengan pelumba lain secara sengaja adalah sangat tidak beretika. Ia dua perkara yang nampak sama tetapi jauh berbeza.

Tersentuh dengan pelumba lain sewaktu mengambil selekoh merupakan perkara biasa dalam perlumbaan tapi apa yang dilakukan Marc bukannya satu sentuhan kerana beliau berada pada kelajuan melebihi 30 km/j kelajuan Espargaro. Marquez bagaimanapun meminta maaf kerana mendakwa beliau silap perkiraan dalam perlumbaan.

Beliau menuntut pihak badan keselamatan (Safety Commision) berbuat sesuatu dalam menangani masalah seperti ini di masa akan datang. Bendera hitam memang sudah disediakan jadi gunakan sahajalah pada waktu ia perlu dikibarkan. Kenapa Marquez cuma dikenakan penalti 30 saat sedangkan aksi yang dilakukan beliau sememangnya akan memberikan beliau bendera hitam.

Google ads
Back to top button