Artikel Pilihan

KISAH SEORANG NENEK DAN NISSAN 180SX S13 MANUALNYA

June Bouwer kini sudah berusia 87 tahun. Tetapi, jangan biarkan angka itu menipu anda. 

Ini kerana minatnya terhadap kereta boleh membuatkan ramai di antara kita kesipuan. Percaya atau tidak Bouwer memiliki sebuah Nissan 180SX buatan tahun 1991, manual lagi. 

Bouwer ditemui oleh seorang jurufoto dan video Afrika Utara, James Greig yang dikatakan hampir tersembur kopi yang diminumnya apabila melihat nenek itu memandu sebuah Nissan 180SX . 

Pada masa sekarang, untuk mencari chasis Nissan S13 yang sudah berumur 30 tahun berada dalam keadaan bersih dan tidak dimodifikasi memang susah.

Apatah lagi sebuah unit dengan semua kit original dari kilang. Tetapi, begiitulah keadaan Nissan 180SX milik Bouwer yang menetap di Knysna, Afrika Selatan.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Ia merupakan unit dengan enjin bersesaran 2.0 liter turbo. Biarpun begitu, ia tetap dikenali sebagai 180SX di pasaran Afrika Selatan.

Wanita itu menghabiskan hampir seluruh hidupnya di bandar Johannesburg dan gembira tinggal di sana. 

Pada usia 59 tahun, Bouwer dan suami mengambil keutusan untuk hidup dengan lebih aman dan bersara.

Untuk memujuk Bouwer, suami menawarkan untuk membelikannya sebuah kereta. Tidak memilih pelbagai jenama Eropah yang cukup mudah diperoleh ketika itu, Bouwer bagaimanapun memilih sebuah kereta sports Jepun. 

Harus tahu bahawa kereta sports Jepun tidak mudah dijumpai di Afrika Selatan pada masa itu. Jadi, Bouwer pergi ke sebuah pengedar, Dunkeld Nissan untuk memesan kereta idamannya. 

Sebaik sahaja mendapat kunci Nissan 180SX, dia benar-benar gembira. Bouwer tidak pernah terlewat untuk menyelenggara kereta kesayangannya itu. Penjagaan rapi dapat dilihat dengan jelas apabila tidak ada sebarang karat pun pada kereta tersebut. 

Nissan 180SX sentiasa berada di dalam garaj bagi memastikan cat warna merah itu tidak pudar. Apabila ditanya adakah dia selalu melenjan keretanya itu, Bouwer hanya tergelak dan menjawab “Saya pernah memecut selaju 160km/j dan rasa cukup seronok.”

Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai pengumpul dan peminat kereta sports Jepun ingin membeli Nissan 180SX itu daripadanya. Tetapi, Bouwer tidak berminat dan tidak bercadang untuk menjualnya. 

kredit foto: FB Prestige Multimedia

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button