Motosikal

PAM TAYAR GUNA EKZOS, EXPRESS PUMP BOLEH SELAMATKAN ANDA

Sepasukan pelajar Kejuruteraan Awam Universiti Malaysia Pahang (UMP) baru-baru ini berjaya menghasilkan satu peranti yang mampu membantu penunggang mengepam tayar menggunakan ekzos. 

Peranti itu berfungsi apabila satu tiub khas disambungkan dengan ekzos motosikal dan tayar. Bagi memastikan asap tidak memasuki tiub, ia dilengkapi dengan penapis. 

Salah seorang ahli kumpuan, Isma Aida memberitahu mereka mengambil masa selama sebulan untuk menghasilkan Express Pump. Ia dilihat dapat menyelesaikan masalah tayar pancit, terutama di kawasan yang jauh dari bengkel motosikal. 

Lebih menarik lagi, Express Pump mudah dibawa, murah untuk dihasilkan dan mesra pengguna. Ia pasti boleh menjadi penyelamat bagi mereka yang gemar berkonvoi atau perlu menempuh perjalanan yang jauh. 

Bagi memastikan Express Pump dapat berfungsi sebaiknya, Isma Aida bersama tiga orang lagi rakannya, Hannani Hasni, 22; Muhammad Faiz Rosli, 23 dan Sultan Omar Babalghaith, 23, melakukan ujian beberapa kali. 

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Inovasi itu membolehkan Express Pump dinobat sebagai penerima anugerah TRIZ Innovation Exposition 4.0 yang berlangsung di Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang, Kuantan, Pahang. 

Sudah memasuki edisi keempat, pertandingan itu dibahagikan kepada empat kategori dan dirasmikan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMP, Profesor Dr Wan Azhar Wan Yusoff.

kredit foto: FB UMP

Google ads
Back to top button