" "
Artikel Pilihan

NISSAN GT-R HILLCLIMB – HIDANGAN KFC PUN TAK BANYAK SAYAP MACAM NI

Nissan GT-R mungkin dah biasa sangat kita tengok, bukan sahaja kat bandar besar macam Kuala Lumpur tapi kat bandar-bandar kecil pun boleh tahan banyak kelibatnya. Tapi GT-R yang satu ni mungkin lain sikit kerana ia merupakan jentera hillclimb yang direka khas oleh Franco Scribante Racing. Sama seperti jentera hillclimb lain (ingat Suzuki Escudo Pikes Peak Version?) modifikasinya memang boleh tahan gilanya.

GT-R yang dipaparkan di sini sudah pun bersedia untuk menakluk acara Jaguar Simola Hillclimb di Afrika Selatan yang akan berlangsung pad Mei ini. Badan kereta ini masih kelihatan kosong tanpa lakaran grafik dan pelekat penaja tetapi ia dijamin akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandang.

Perkara yang paling menarik perhatian tentang kereta ini semestinya ia pakej aerodinamik yang ada padanya. Tengok sahaja splitter pada bahagian hadapan kereta ini yang cukup lebar. Pada kereta lumba lain splitter sahaja mungkin sudah mencukupi untuk menjana downforce di bahagian hadapan tetapi tidak bagi GT-R ini.

Ia telah ditambah dengan GT wing yang biasanya diletakkan di bahagian belakang kereta untuk memastikan bahagian depan kereta ini melekat kemas sewaktu mengambil selekoh. Sekali tengok dah macam ikan yu tukul pun ada.

Buat masa ini belum ada maklumat tentang modifikasi enjinnya tetapi kami berani jamin yang enjin 3.8-liter GT-R ini sudah diubahsuai dengan secara menyeluruh berdasarkan piping baru dan komponen yang dihasilkan dari serat karbon. Jangan terkejut sangat kalau ia mampu menghasilkan 1,000 bhp kerana ia adalah sesuatu yang biasa untuk jentera hillclimb.

Bahagian masih sama dengan GT-R standard tetapi kini ia dilengkapi dengan GT wing sebesar tiang gol sekolah rendah lengkap dengan diffuser yang tersengih di bahagian bawah. Entah berapa banyak downforce yang berjaya dijana oleh kereta ini tapi kami jangkakan ia akan mencipta fenomena di mana sahaja ia bakal berlumba.

Google ads
Back to top button