Buletin

KIT BAHARU AUDI A6

Pengedar rasmi jenama Audi di Malaysia, Euromobil Sdn. Bhd. (Euromobil) baru-baru ini mengumumkan ketibaan kit baharu bagi model Audi A6 2.0 TFSI. 

kit-baharu-Audi-A6-mekanika (3)

Model sedan mewah berkenaan kini menerima penambahan lampu hadapan LED penuh dan Sistem Navigasi MMI bersama pad sentuhan MMI di konsol tengah sebagai kelengkapan standard.

kit-baharu-Audi-A6-mekanika (16)

Turut ditambah ialah sistem parkir Audi bersama paparan kamera undur. A6 kini juga bergerak di atas rim jejari V aluminium bersaiz 18 inci yang menggantikan rim 17 inci sebelum ini bersama siri tayar 245/45.

Peningkatan berkenaan tentunya melibatkan penambahan kos. Dalam kes ini, penambahan sebanyak RM30,000. Ini bermakna harga baharu Audi A6 ialah RM375,000 (tanpa insurans) berbanding harga sebelum ini iaitu pada RM345,000 seunit.

kit-baharu-Audi-A6-mekanika (5)

Bukan itu sahaja, pelanggan turut ditawarkan dengan aksesori tambahan seperti bumbung suria (RM5,000), warna badan kemasan mutiara (RM5,000) dan pakej S line (RM30,000). Bagi yang ingin menggantikan sistem audio standard, mereka boleh berbuat demikian dengan memilih sistem bunyi Bang & Olufsen pada harga RM28,000.

kit-baharu-Audi-A6-mekanika (11)

Sebagaimana yang dinyatakan, perubahan sedan premium ini hanya melibatkan penampilan kosmetik sahaja. Aspek mekanikalnya tidak berubah.

kit-baharu-Audi-A6-mekanika (10)

A6 dijana oleh unit enjin 2.0 liter dengan pengecas turbo yang berupaya menghasilkan kuasa sehingga 190hp dan tork maksimum 320Nm. Ia kemudian dipadankan bersama transmisi lapan kelajuan multitronic.

kit-baharu-Audi-A6-mekanika (2)

Menurut Audi, sedan A6 mampu memberikan tahap penjimatan bahan api terbaik dalam kelasnya dengan rekod 6.4 liter bagi setiap 100 kilometer.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button