Buletin

LEGO HASILKAN MINI KLASIK

Pengeluar barangan mainan LEGO, LEGO Group baru-baru ini menambah koleksi siri Creator Expert dengan menambah satu model penting dari Great Britain. 

LEGO-MINI-classic-mekanika (6)

Mulai Ogos depan, sebuah Mini klasik boleh didapati dalam bentuk satu set LEGO yang terdiri daripada 1,077 bahagian. Ia pasti memberi keseronokan kepada semua peminat LEGO dan kereta lagenda tersebut.

LEGO-MINI-classic-mekanika (1)

Pasukan pereka LEGO membina set permainan itu berdasarkan kepada generasi terakhir MINI Cooper klasik yang dibina hingga tahun 2000. Apabila telah siap dipasang, kereta itu memiliki panjang 25 sentimeter (sm), 14sm lebar dan 11sm tinggi, sekali gus mengekalkan perkadaran karekteristik jenama MINI.

LEGO-MINI-classic-mekanika (3)

Kereta mainan itu juga tampial menawan dengan warna hijau British Racing Green, serta bumbung, perumah cermin sisi dan jalur pada bonet berwarna putih. Perincian lain termasuklah tempat duduk dengan corak kotak-kotak, lampu tambahan dan gril radiator berbentuk heksagon.

LEGO-MINI-classic-mekanika (9)

Sementara roda, bampar, hendal pintu, lampu utama dan lampu belakang dikekalkan keasliannya. Emblem pada sisi kereta juga dilekatkan untuk menunjukkan bahawa replika LEGO itu adalah berdasarkan kepada MINI Cooper yang dibina mulai Ogos 1997 hingga Julai 1998 sebagai tanda ulang tahun ke-40 MINI klasik.

LEGO-MINI-classic-mekanika (4)

Pintu, bonet dan lampu belakangnya boleh dibuka. Begitu juga dengan enjin empat silinder, stereng, tuil gear, brek tangan, tempat duduk belakang dan perehat kepala. Di dalam ruang kargo, akul piknik lengkap dengan kain alas disediakan.

Sama seperti kebanyakan produk dalam siri Creator Expert, umur yang dicadangkan untuk set MINI klasik LEGO ini ialah 16 tahun ke atas.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button