Buletin

KLIMS 2018: TOYOTA CAMRY – CBU THAILAND, VARIAN 2.5V SAHAJA, RM189.9K

UMW Toyota Motor hari ini mempersembahkan sedan eksekutif Toyota Camry pada acara KL International Motor Show 2018 (KLIMS 2018).

Sudah memasuki generasi ke-8, Camry nyata menerima rekaan serba baharu sejak ia mula diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada tahun 1990-an.

Camry akan ditawarkan dalam varian 2.5V pada harga RM189,900 seunit (tidak termasuk insurans). Ia juga hadir dengan jaminan selama lima tahun dan perbatuan tanpa had dengan penghantaran dijadual bermula pada Disember depan.

Sedan itu didatangkan dalam bentuk impoert sepenuhnya (CBU) dari Thailand. Perubahan daripada pemasangan tempatan (CKD) kepada CBU merupakan sebahagian daripada strategi rasionalisasi produk Toyota bagi rantau ASEAN.

Camry menggunakan khidmat enjin aluminium sepenuhnya 2AR-FE empat selinder DOHC bersesaran 2.5 liter dengan 16 injap yang diuruskan oleh sistem Dual VVT-i (Variable Valve Timing with intelligence).

Kuasa maksimum yang mampu dijana adalah 184PS pada 6,000rpm dan tork 235Nm pada 4,100rpm. Ia kemudian dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan Super ECT bersama nisbah gear yang telah dioptimumkan.

Berbeza dengan Camry sebelum ini, varian hibrid tidak lagi ditawarkan. Mamandangkan ia tidak lagi layak menerima insentif EEV kerana diimport dari Thailand, maka harganya jauh lebih mahal dan tidak kompetitif.

Sama seperti model-model baharu Toyota yang lain, gayaan Camry kini lebih futuristik. Penggunaan platform TNGA (Toyota New Global Architecture) membolehkan Toyota peluang untuk mengambil pendekatan baru dari segi reka bentuk, kejuruteraan, pengendalian lebih responsif, kukuh dan seronok dipandu.

Camry dilengkapi ciri keselamatan Toyota Safety Sense yang terdiri daripada Pre-collision System, Lane Departure Alert (LDA), Steering Assist, Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) dan Automatic High Beam (AHB).

GALERI

Google ads
Back to top button