Buletin

KLIMS 2018 : TOYOTA VIOS BAHARU IDAMAN EMAK MERTUA

UMW Motor Toyota jelas mahu meneruskan penguasaan kenderaan penumpang dalam Segmen B.Dan Kuala Lumpur International Motor Show 2018, sebuah pameran dunia automotif beberapa tahun sekali entah adalah pentas yang terbaik untuk melancar model ‘cari makan’ dan juga model idaman Emak Mertua sekalian. Toyota Vios serba baharu ditayangkan kepada umum taksat, kata Pak Amad yang berasal dari Changlun.

BACA : BIMS 2018: TOYOTA YARIS ATIV TRD – INILAH VIOS GENERASI BARU, ECO-CAR THAILAND DENGAN ENJIN 1.2L

BACA : TEMPAHAN TOYOTA VIOS 2018 KINI DIBUKA – BERMULA RM74,980

Berbanding model yang dipasaran negara jiran hanya menggunakan enjin yang bersesaran 1.2 liter, untuk pasaran kita UMW Motor Toyota bertindak bijak apabila masih menawarkan enjin 2NR-FE 1.5 liter Dual DVVT empat silinder yang mampu menghasilkan kuasa 107 PS @ 6,000 RPM dan kuasa tujahan 140 Nm @ 4,200 RPM. Kalau guna enjin 1.2 liter mau kena kutuk dengan CIk Jah. Under power katanya. Dan untuk enjin Vios baharu ini, ianya dipadankan pula dengan CVT dengan tujuh virtual ratio.

Bagi membuatkan Toyota Vios ini level menariknya setara dengan Wany Hasrita atau pun Aiman Tino (mereka juga hadir memeriahkan pelancaran sebentar tadi), kereta yang cukup popular disamping Honda City ini menawarkan ciri – ciri standard seperti fungsi lampu utama follow-me-home, rim bersaiz 15, push start button, mode pemanduan pilihan Eco / Sport, pendingin hawa auto, sensor parkir bahagian belakang serta pemain utama radio / CD dengan sambungan Bluetooth.

Manakala untuk Spec E pula, ianya hadir dengan tambahan lampu belakang LED, tempat duduk belakang boleh lipat 60:40, pemain utama DVD-AVX serta DVR di bahagian hadapan. Terbina dalam. Tak payah nak order DVR dari Lazata ke apa.

Dan untuk varian tertinggi G, ianya menggunakan lampu utama projektor, rim bersaiz 16 inci, lapisan cermin jenis premium dan lebih selamat, tempat duduk, stereng & gear knob bersalut kulit, sensor parkir hadapan, instrumen Meter Optitron dengan paparan info bersaiz 4.2 inci, enam speaker, perehat tangan, serta paddle shifter.

Dan yang paling penting, kesemua varian ini dilengkapi dengan tujuh beg udara, ABS, EBD, ISOFIX, dan Hill Start Assist. Markah bonus juga buat  pembeli yang memilih varian spesifikasi E & G apabila turut dilengkapi dengan pengawalan titik buta dan juga RCTA (Rear Cross Traffic Allert).

Dijangkakan kereta yang mendapat penarafan Lima Bintang ASEAN NCAP ini dijual pada aras harga antara RM77,000 sehingga RM87,000. Dah boleh print slip gaji siap – siap dah lepas ni buat pergi meminang Vios baharu. Lepas tu barulah boleh masuk meminang si anak dara. Apatah lagi pandu masuk ke perkarangan rumah bakal emak mertua dengan Vios yang berwarna Dark Blue Metallic ini. Fuh!

 

 

 

 

 

Google ads
Back to top button