Buletin

KLIMS 2018: LEXUS UX, LEXUS ES & LEXUS LS+ CONCEPT SERLAHKAN KEUPAYAAN TEKNOLOGI LEXUS

Lexus Malaysia hari ini memperkenalkan dua model menarik pada acara KL International Motor Show (KLIMS 2018) yang berlansung mulai hari ini hingga 2 Disember 2018 di MITEC.

SUV kompak Lexus UX dan sedan eksekutif Lexus ES menyertai barisan model Lexus yang dipamerkan termasuklah jentera konsep Lexus LS+. Tidak ketinggalan SUV Lexus RX Edisi Khas yang menerima penambahbaikan pada bahagian dalaman dan luaran, Lexus NX dan LC500.

Pengunjung juga dihidangkan dengan pemasangan artistik Lexus Crafted Parts Box. Ia menampilkan komponen-komponen kenderaan Lexus yang dipotong dan dicat bagi menunjukkan perincian serta kualiti pertukangan jenama mewah Jepun ini.

Skala penuh arca seni ini boleh dilihat INTERSECT BY LEXUS yang terletak di Tokyo, Dubai dan New York City.

Lexus UX

Lexus UX or Urban Crossover (UX) ialah SUV kompak pertama Lexus bagi membolehkannya bersaing dalam segmen yang pantas berkembang itu.

Dibina di atas platform Global Architecture – Compact (GA-C), ia tampil dengan rekaan badan yang tegar dan titik graviti rendah. Ini membolehkannya menawarkan pemanduan yang dinamik seperti sebuah coupe.

Dari segi reka bentuk, Lexus UX tampil berbeza berbanding crossover kompak tang lain. Rupanya diserlahkan dengan rekaan Spindle Grille yang disempurnakan lagi dengan garis bumbung yang rendah ke arah belakang.

Bagi menjadikannya lebih sporty, pasukan preka bentuk Lexus memberikn lampu unik dan spoiler belakang yang membantu memberi kestabilan kepada jentera ini.

Enjin 2.0 liter 169hp

Pembangunan Lexus UX diketuai oleh Ketua Reka Bentuk, Chika Kako yang merupakan ketua jurutera pertama dalam sejarah Toyota Motor Corporation.

Lexus UX menggunakan khidmat enjin 2.0 liter baharu berkuasa 169hp dan tork 205Nm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear dengan gear pertama mekanikal yang pertama diperkenalkan pada model Lexus.

Sebaik sahaja bergerak, transmisi CVT mengambil alih pergerakan. Tetapan ini menawarkan pemanduan yang lebih senyap dan penjimatan bahan api mengagumkan.

BACA: NANTIKAN KEMUNCULAN SUV MAMPU MILIK. LEXUS UX200 DI LLIMS 2018

Ruang kabin Lexus UX hadir dengan susun atur dan kemasan mewah. Material seperti tekstur kertas Jepun Washi dan upholsteri Sashiko pada tempat duduk memastikan ia tahan lebih lama.

Posisi pemanduan dan butang kawalan dihasil untuk memberi kawalan maksimum kepada pemandu. Meter kombinasi digital sepenuhnya bersaiz tujuh inci dan paparan EMV 10.3 inci pada konsol tengah memudahkan urusan mengawal sistem navigasi.

Sementara sistem audio Lexus Premium dengan lapan unit pembesar suara pasti memuaskan hati anda.

Dari segi keselamatan, Lexus UX dilengkapi pelbagai ciri di bawah Lexus Safety System+. Pakej itu merangkumi teknologi seperti Pre-collision System(PCS), Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Departure Alert (LDA), Adaptive High-beam System (AHS) dan banyak lagi.

Lexus ES

Lexus ES generasi ketujuh kini hadir dengan pelbagai inovasi dan teknologi yang dipakejkan ke dalam satu rekaan cukup dinamik serta mewah.

Reka bentuk baharu menampilkan Spindle Grille yang elegan. Gayaan tersebut dilengkapkan lagi dengan enjin 2.5 liter baharu yang dipadankan bersama kotak gear lapan kelajuan automatic (pertama untuk Lexus).

Sistem informasi intuitif memaparkan semua parameter pemanduan menerusi satu paparan EMV bersaiz 12.3 inci dan meter TFTdigital tujuh inci. Head-up display yang paling besar dalam kelasnya dapat mengurangkan pergerakan mata, sekali gus membuatkan pemanduan lebih selamat.

Penumpang belakang pastinya menghargai tempat duduk yang boleh dicondongkan. Mereka juga boleh mengawal sistem audio, pelindung cahaya matahari dan pendingin hawa melalui butang kawalan pada perehat tangan.

Sama seperti UX, Lexus ES turut dilengkapi pakej keselamatan Lexus Safety System+.

Lexus LS+ Concept

Lexus LS+ Concept menyerlahkan rekaan sebuah saloon mewah bersama reka bentuk futuristik dan garis-garis tajam. Ia dilengkapi pelbagai inovasi keselamatan dan sistem pemanduan automatik terkini.

Dibina di atas Konsep Pengurusan Keselatan Bersepadu, ia membolehkan semua orang menikmati mobiliti yang selamat dan lancar. Lexus LS+ Concept juga dilihat menjadi penyimbang kepada visi dunia yang bebas kemalangan maut.

Pasukan jurutera Lexus membina jentera ini berdasarkan kepada pemanduan automatik yang dijangka dilancarkan pada tahun 2020. Menerusi penggunaan teknologi AI dan data tercanggih yang boleh diterima oleh kenderaan, ia akan membolehkannya masuk dan keluar dari lebuh raya dengan selamat.

Menggunakan aplikasi sistem pemanduan automatik Highway Teammate, ia berfungsi membantu pemandu ketika menukar haluan, memotong kenderaan lain dan sebagainya.

GALERI

Google ads
Back to top button