Buletin

KLIMS 2018: TOYOTA FT1 CONCEPT – SUPRA KEMBALI !!!

BMW dan Toyota mengumumkan kerjasama antara mereka pada tahun 2012. Pada masa itu kedua-duanya dilaporkan menyatakan akan bekerjasama dalam pembangunan komponen disel dan hibrid. Tapi kini sepertimana diyakini ramai pemerhati, mereka juga bekerjasama dalam projek yang lebih besar.

BACA: TOYOTA SUPRA BARU & APA YANG KAMI TAHU TENTANGNYA

Di KLIMS 2018, UMW Toyota membuat kejutan dengan mempamerkan FT-1 yang merupakan model akan datang untuk Toyota Supra.

Walaupun sudah dipamerkan sejak setahun yang lalu termasuklah konsep Gazoo Racing, namun Toyota masih lagi berahsia tentang spesifikasinya.

Terdapat beberapa spekulasi antaranya, menurut satu kenyataan yang didedahkan oleh majalah Best Car Jepun, Supra baru ini akan dibekalkan dengan enjin enam selinder sebaris 3.0-liter berkuasa turbo yang bakal menghasilkan 335 bhp pada 5,500 rpm. Ia juga mampu mencatatkan kelajuan 0-100 km/j hanya dalam masa 3.8 saat.

 

Google ads
Back to top button