Buletin

DUA UNIT SUBARU IMPREZA WRX STI TYPE R UNTUK DIREBUT

Subaru WRX STI dua pintu merupakan salah satu model Subaru yang menjadi idaman penulis sejak daripada mula-mula kenal objek beroda empat, sehinggalah sekarang.

Sayang sekali, duit merupakan halangan utama, dan penulis hanya mampu untuk mendapatkan versi skala kecil Hot Wheels sahaja. Ok lah tu kan.

Bagi mereka yang mahukan model sebenar, laman web Collecting Cars menyenaraikan bukan satu, tapi dua unit yang masih lagi cantik menarik ini untuk dibawa pulang.

Unit yang pertama merupakan model tahun 1999 yang datang dari Hong Kong, dilayangkan dalam warna Aspen White.

Dengan jarak perbatuan sejauh 98,000 km, ia turut mendapat bermacam barangan menarik seperti rim monoblok Rays 17 inci, suspensi Cusco, brek GRB STI, tempat duduk depan Recaro, dan meter boost Defi.

Unit yang kedua pula duduk di Australia, merupakan model tahun 1997 dan hadir dalam layangan warna World Rally Blue.

Unit ini didatangkan dengan rim Revolution Millenium emas bersaiz 18 inci, spring gegelung aftermarket, ekzos cat-back, serta ruang kabin yang dihiasi dengan pemasa turbo, meter Greddy, dan unit hiburan Kenwood.

Kedua-dua jentera menampilkan enjin 2.0 liter boxer yang mampu menghasilkan 276 kuasa kuda, dipadankan dengan transmisi manual nisbah rapat lima kelajuan dan sistem pacuan semua roda.

Sumber: Collecting Cars WRX Putih & WRX Biru

Google ads
Back to top button