Artikel Pilihan

KOENIGSEGG PERKENAL MOTOR ELETRIK RAXIAL FLUX, 600NM TORK

Berbeza dengan pengeluar lain yang akan mendapatkan motor elektrik daripada pembekal, Koenigsegg pula mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan motor elektrik cipataan mereka sendiri yang dikenali dengan nama Quark Motor Raxial Flux.

Koenigsegg mendakwa motor elektrik ciptaan mereka seimbang dari segi penghasilan tork serta tidak memerlukan bantuan unit transmisi untuk menurunkan kuasa motor, sekaligus mengurangkan berat dan kehilangan kuasa mekanikal

Motor elektrik ini juga mampu menjana 335 kuasa kuda dan 660Nm tork dengan hanya seberat 30kg sahaja. Ia direka agar berfungsi dengan sistem inverter ciptaan Koenigsegg “David” 6 phase bagi menghasilkan trenkuasa Terrier dengan gabungan 2 Quark motor yang mampu menghasilkan 670 kuasa kuda

Selain berupaya beroperasi dengan torque vectoring, sistem ini juga memiliki kepadatan tenaga paling tinggi bagi kenderaan EV di dunia. Christian Von Koenigsegg mendakwa motor elektrik yang kecil boleh direka dengan kuasa yang tinggi tapi perlu beroperasi pada RPM yang tinggi menyebabkannya perlu digabungkan dengan sistem tranmsisi, hilang kecekapan mekanikal serta sistem menjadi kompleks

Quark Motor Raxial Flux direka agar menghapuskan masalah ini dengan imbangan kuasa dan tork semasa direka daripada awal. Motor elektrik ini akan dipasang pada model Gemera dimana ia boleh membantu supercar ini membuat pecutan brutal dalam masa yang singkat manakala enjin pembakaran dalam akan digunakan pada halaju tinggi.

 

 

Google ads
Back to top button