Artikel Pilihan

KERETA YANG SEDAP UNTUK DIJADIKAN KERETA POLIS

Menggalas tugas sebagai Kereta Polis / Kereta Peronda / Kereta Pengiring sememangnya memerlukan sebuah kenderaan yang cukup hebat, lasak dan tangkas. Di tempat kita pun, boleh tahan hebatnya juga senarai Kereta Polis ini. Paling hebat sudah tentulah Mitsubihsi Evo X. Tapi barangkali Evo X sudah dianggap terkebelakang.

BACA : FERRARI 458 SPIDER MILIK MAFIA KINI JADI KERETA POLIS

BACA : SEMPENA SAMBUTAN HARI POLIS KE 210, MARI KITA LIHAT KENDERAAN PILIHAN PDRM HARI INI

Sebetulnya ini adalah antara jentera yang telah dipamerkan sempena National Association of Police Fleet Managers, khusus untuk melihatkan senarai kereta polis. Barangkali senarai di bawah ini sesuai untuk dijadikan sebagai Kereta Polis kita pula kan?

Ford Mustang
Nah, jikalau ini yang berada di atas lebuhraya sudah tentu bagi tujuan operasi kejar-mengejar penjahat atau pun pesalah trafik bukanlah satu masalah besar. Nak main kejar-kejar dengan jentera hebat dari Singapura pun tenang sahaja boleh keluar siku bagai. Silap haribulan, penjenayah terus berhenti tepi menyerah diri. Mana nak lari, iya tak? Enjin V8 ni der!

BMW i8
Sebagai menyahut seruan kerajaan bagi menghijaukan bumi tuhan, sudah tentulah kalau pakai i8 ini dianggap sebagai satu pilihan yang sangat tepat. Main kejar-kejar atas lebuhraya pun bukanlah satu masalah besar. Cuma masalah utamanya pasti bil elektrik Balai Polis akan menjadi isu. Melainkan boleh kautim dengan LLN, setel. Itu jam, baru boleh main angkat-angkat kening dengan dak Safiey Ilias kalau terserempak atas jalan.

Volvo XC90
Tahukah bahawa pihak PDRM juga pernah memiliki SUV Volvo XC90 generasi pertama sebelum ni? Barangkali nak gantikan dengan generasi terbaharu pun molek juga. Sedap sikit nak iring VIP ke sesuatu acara. Nampak lebih prestij orang kata kalau nak iring orang kenamaan ini.

Volkswagen Golf GTE
Iya, Golf yang dipaparkan ini adalah model e, dan bukannya i seperti kelaziman. Barangkali GTE ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai kereta peronda buat pusing-pusing taman. Jenis pandu pun sekitar 60km/j sahaja. Ronda pula di kawasan elit serupa Sunway Kayangan nu. Cukup masa, balik balai waktu untuk mengecas pula.

Kredit Foto : www.motoringresearch.com

Mazda CX30
Tags
Google ads
Back to top button