Buletin

KERAJAAN AKAN BERI INSENTIF KHAS KEPADA PEMANDU E-HAILING & TEKSI

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga 14 April nanti. Rentetan pandemik yang buruk ini, semua industri terkesan dan antara yang paling teruk ialah pemandu teksi dan E-Hailing.

Industri ini hampir lumpuh kerana perkhidmatan pengangkutan hampir berhenti sepenuhnya dan tidak hairanlah syarikat seperti GRAB membuat usaha tambahan dengan menukar pemandu GRAB kepada penghantar makanan GRABFOOD dalam usaha mempelbagaikan sumber pendapatan mereka yang terjejas.

Dalam pengumuman YAB Perdana Menteri semalam, beliau memberitahu pihak kerajaan sedang merangka pelan kedua yang khusus kepada rakyat terbanyak. Pakej ransangan ekonomi ini akan diumumkan esok. Ia melibatkan hampir semua lapisan rakyat Malaysia.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong semalam dalam kenyataannya emberitahu bahawa usaha menyelamatkan industri ini sedang dirancang dan akan diumumkan esok.

………………………………………………………………..

Saya mengambil maklum bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam keadaan negara berdepan pandemik Covid-19 ketika ini turut memberi kesan kepada 115,000 pemandu e-hailing seluruh negara. Malah, perniagaan berasaskan e-hailing ini turut merosot sekitar 80% – 90% ketika ini.

Sebagai Menteri Pengangkutan, saya telah menyuarakan perkara ini kepada YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan YB Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Jika diteliti ucapan YAB Perdana Menteri siang tadi, beliau turut menyentuh tentang kesukaran yang dialami pemandu e-hailing.

Kami tidak sesekali menganak-tirikan atau meminggirkan pemandu e-hailing yang menguasai 90% perkhidmatan pengangkutan awam darat di Malaysia. Segala usaha untuk membantu pemandu e-hailing dan pemandu teksi sudah pun ada dalam perancangan kerajaan.

Justeru itu, saya berharap pemandu e-hailing semua bersabar, tunggu hari Jumaat ini dalam Pakej Ransangan Ekonomi yang bakal diumumkan oleh YAB PM.

Mazda CX30
Tags
Google ads
Back to top button