;
Motosikal

TOPI KELEDAR REPLIKA SHARK RACE-R PRO JOHANN ZARCO

Bagi meraikan pencapaian penunggang tajaannya yang juga juara dunia dua kali Moto2, Johann Zarco, SHARK Helmets akan menawarkan topi keledar istimewa.

Topi keledar replika tersebut hadir dengan rekaan Zarco. Bakal berada di pasaran United Kingdom mulai bulan depan, topi keledar Race-R PRO itu ditawarkan pada harga £589.99 (RM3,277) seunit.

Tahun lalu, Zarco menjadi pelumba Perancis pertama menjuarai dua kejuaraan. Dia dijangka memulakan musim pertama MotoGP dengan pasukan Yamaha Tech 3.

BACA: SHOEI RF-SR – LEBIH KOMPAK & AERODINAMIK

SHARK Race-R Pro Carbon Zarco tampil dengan rekaan yang menyerlah. Ia juga dilengkapi pelbagai ciri dan teknologi terbaik SHARK . Ringan, stabil, selesa dan mempunyai ventilasi yang baik, Race-R PRO dibina menggunakan gentian karbon aramid. Ia juga memiliki spoiler berkembar untuk membantu dari segi aerodinamik pada kelajuan tinggi.

Visor optikal kelas pertama dengan kepadatan boleh ubah digunakan untuk menawarkan pandangan yang jelas. Visor itu dipasang dengan empat cagak keselamatan.

Selain tahan calar dan tidak berkabus. Topi keledar itu dikemaskan dengan tali jenis D-ring berkembar dan magnet. Bahagian dalamnya boleh dibuka dan dicuci dengan mudah.

Race-R PRO memang terkenal sebagai topi keledar antara yang paling selamat di pasaran. Ia telah menaiki podium lebih 150 kali dalam pelbagai perlumbaan motosikal dunia.

Hadir dalam saiz XS hingga XL, setiap topi keledar ini didatangkan sekali dengan nombor siri dan pelekat khas di dalam kotaknya.

Tags
Google ads
Back to top button