Artikel Pilihan

KOS PENYELENGGARAAN HONDA CITY 2020, SEDAN SEGMEN B PALING LARIS

Semalam kami ada mengulas berkenaan kos servis Proton X50 yang berada dalam segmen B. Namun Honda memberikan cabaran dengan melancarkan sedan segmen B mereka yang paling popular iaitu Honda City dengan harga yang tidak jauh berbeza namun rekaan yang berbeza.

Bagi pembaca yang sedang berkira-kira untuk membeli Honda City V yang datang dengan enjin 1500cc DOHC iVTEC dan transmisi CVT, berikut ialah kos servis yang ditawarkan oleh Honda

1. Honda City hanya perlu dihantar ketika ia mencecah jarak 10,000km yang pertama sahaja. Ketika ini, minyak pelincir dan pelapik gasket skru untuk mengeluarkan minyak enjin terpakai perlu diganti dengan kos RM 114.69. Penulis tidak pasti dengan gred minyak yag digunakan serta kelikatannya

Namun berdasarkan pengalaman, penulis akan menggunakan minyak sintetik penuh 0W-20 sekitar 3.6 liter dengan kos RM 128.49.

2. Keadaan pelapik brek depan dan belakang akan diperiksa setiap 10,000km dengan kos upah RM 9.80. Ini menjadikan kos keseluruhan servis 10,000km pertama ialah RM 243.74

3. Penulis telah menyemak dengan teliti dan mendapati penapis minyak pelincir hanya perlu ditukar selang 20,000km sahaja dengan kos RM 34.10. Ini menjadikan kos keseluruhan servis 20,000km ialah RM 301.69

4. Pada 30,000km pusat servis akan menukar penapis udara enjin dengan harga RM 92.04 dan penapis kabin (aircond filter) yang berharga RM 103.00 Ketika ini pemilik akan menikmati kos buruh percuma yang menjadikan kos servis kali ini sekitar RM 319.53

5. Cecair hidraulik bagi transmisi CVT perlu ditukar pada setiap 40,000km dengan kos RM 129.24 termasuk dengan drain plug washer. Disebabkan servis kali ini melibatkan penukaran minyak gear, maka kos keseluruhan bagi servis 40,000km akan mencecah RM 446.83 termasuk kos buruh.

6. Minyak brek perlu ditukar pada 60,000km dengan kos RM 37.66 sahaja. Pelapik brek hanya akan ditukar jika ketebalannya kurang daripada standard yang ditetapkan. Laman sesawang Honda tidak meletakkan harga pelapik brek, namun berdasarkan pengalaman penulis harganya adalah sekitar RM 400 per set

Kos keseluruhan untuk servis ke 60,000 ialah RM 391.29 termasuk dengan kos buruh mekanik

7. Honda City model baru menggunakan palam pencucuh iridium yang perlu ditukar pada setiap 100,000km. 4 unit palam pencucuh berharga RM 554.20 menjadikan kos keseluruhan servis ialah RM 712.79 termasuk kos upah.

8. Penapis petrol atau fuel filter and retainer dengan harga RM 349.46 perlu ditukar ketika perbatuan mencecah 140,000km. Kos keseluruhan servis pada kali ini mencecah RM 667.05

9. Cecair penyejuk enjin atau coolant perlu ditukar setiap 200,000km atau setiap 120 bulan sekali dengan kos RM 74.36. Murah juga kan.

10. Varian V menggunakan tayar bersaiz 185/55 R16 dan berbanding dulu tayar saiz ini agak senang dicari. Paling murah anda boleh dapatkan dengan harga RM 190 per unit bagi tayar ECO, RM 220 bagi medium sport dan mencecah RM 300 bagi jenama dari Peranchis.

Anggaran kos servis ini tidak termasuk kos penjajaran tayar, imbangan tayar, kos servis penyaman udara, kos menampal logo tulisan Jepun yang tidak difahami, dan juga emblem logo Type R tipu yang sering dicuri

Google ads
"
"
Back to top button