Buletin

NAK PAKAI PORSCHE CAYENNE TAPI DUIT TAK BANYAK. USHA UNI-K SUV TERBAHARU CHANGAN

Changan Auto mendedahkan imej rasmi pertama SUV Uni-K terbaharu mereka. Sebelum ini, model berkenaan dikenalai sebagai Uni-V.

 Uni-K merupakan model kedua barisan jentera Uni selepas pengenalan Uni-T.

SUV terbaharu ini lebih besar berbanding model Uni-T dengan direka dengan dimensi mencecah 191.5 inci panjang,  lebar 76.7 inci dan ketinggian 66.9 inci manakala jarak antara roda pula 113.7 inci.

Jentera terbaharu ini memiliki dimensi sama dengan Porsche Cayenne Coupe malah terdapat ciri-ciri lain menyamai kenderaan mewah tersebut.

Ia berikutan Changan Uni-K kelihatan hampir sama di bahagian tepi dan belakang.

Lampu belakang serta bar menyambung lampu jelas kelihatan seperti SUV mewah buatan Jerman itu.

Menurut Changan, model Uni-K menggunakan bahasa rekaan tanpa batasan yang diterapkan dalam barisan rekaan Uni.

Rekaan bahagian hadapan sahaja yang menampilkan keaslian dengan menawarkan lampu utama LED dan lampu kabus LED berbentuk bintang.

SUV ini turut hadir dengan gril moden, handel pintu timbul, lampu brek berkembar dan rim 21 inci.

Bagaimanapun, syarikat terbabit tidak mendedahkan lagi rekaan dalaman Uni-K yang mendapat khidmat enjin empat silinder 2.0 liter turbocharger menggunakan transmisi automatik lapan kelajuan Aisin.

Difahamkan, jentera pacuan semua roda ini mampu menjana kuasa 229 hp dan tork 360 Nm.

Changan Uni-K bakal memasuki pasaran China pada suku pertama tahun depan. Ia dijangka memiliki tanda harga sekitar AS$27,000 (RM 112,279) – carscoops.

Google ads
Back to top button