BuletinMotosikal

KTM MALAYSIA UMUM HARGA BARU. LEBIH MENARIK, DISKAUN TAMBAHAN RM31,280!

Dengan pengumuman Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah dikurangkan kepada 0% daripada 6% bermula 1 Jun 2018, KTM MALAYSIA telah mengumumkan harga terkini motosikal KTM di Malaysia. 

Pembeli motosikal KTM yang baru akan menikmati penjimatan hebat dengan pengumuman itu, yang meliputi keseluruhan model KTM, termasuk motosikal off-road. 

BACA: KTM DUKE 790 DILANCARKAN. RM64,800

Pengurangan harga bagi model jalan raya bermula dari RM1,230.00 untuk 250 Duke (kini berharga RM 20,500) hingga RM 7,080.00 untuk 1290 Super Duke GT kini berharga RM 118,000. 

Bagi model off-road, termasuk model enduro, MX / SX, dan Freeride, pelanggan akan mendapat pengurangan antara RM 2,070.00 untuk 2017 KTM Freeride 350 (kini berharga RM 34,500) hingga RM 3,030.00 untuk 2018 KTM 450 EXC- F (kini berharga RM 50,500.00). 

PENJIMATAN TAMBAHAN 

KTM Malaysia juga telah mengumumkan tambahan promosi pada dua model istimewa dengan harga yang cukup menarik.

Model 2016 KTM Super Duke R 1290 Special Edition ditawarkan untuk masa yang terhad, dengan harga istimewa, cuma RM 93,800

Ia penjimatan luar biasa sebanyak RM31,280.00 dari harga asalnya RM 125,080.00!

Satu lagi model yang ditawarkan ialah KTM 1190 Adventure R. Ia boleh dimiliki pada harga vuma RM79,800.00

Ini adalah pengurangan yang menakjubkan sebanyak RM 25,988.00 dari harga asal RM 105,788.00! 

Hah. Apa tunggu lagi? Buat keputusan sekarang sebelum Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST) berkuatkuasa pada September 2018.

 

Google ads
Back to top button