BuletinMotosikal

KTM DUKE 790 TIBA DI MALAYSIA. RM64,800

KTM MALAYSIA semalam telah mengumumkan ketibaan KTM 790 DUKE yang lama dinantikan peminat jentera Austria ini. 

Selepas mendominasi pasaran sub-700cc Malaysia menerusi jentera enjin silinder tunggal 690 Duke, jurutera Mattighofen, Austria berusaha meneruskan penguasaan dengan pengganti yang lebih baik untuk mencabar segmen kelas pertengahan 800cc. 

Digelar “The Scalpel” yang baru, KTM 790 DUKE menggabungkan jentera berprestasi tetapi praktikal untuk perjalanan harian kerana didatangkan dengan ergonomik yang sangat baik.

BACA: KTM BANGUNKAN BREK AUTOMATIK

Penunggang boleh menunggang santai ke tempat kerja dan berseronok pada hujung minggu. Kerana KTM 790 DUKE yang baru adalah “Ready To Race” Jentera baru ini dilengkapi enjin 799cc LC8c DOHC parallel-Twin yang baru yang dilengkapi dengan 75 darjah crankpin offset sepertimana abangnya 1290cc V-Twins.

Sepertimana legasi enjin LC8c – Sejukan cecair, 8-injap dan kompak, jurutera KTM memilih format selari-Twin untuk keserasian dan pengagihan berat badan lebih baik untuk nisbah kuasa-berat. Enjin baru ini menghasilkan 105 kuasa kuda pada 9,000 RPM dan 87 Nm tork pada 8,000.

Terdapat dua shaft pengimbang untuk memadamkan getaran untuk perjalanan yang lebih lancar. Kemudian, kotak gear enam kelajuan dipadankan dengan PASC (Power Assist Slipper Clutch). PASC meningkatkan tekanan klac semasa pecutan, membolehkan kabel tuil klac lebih lembut untuk dikendalikan dengan satu jari sahaja.  

Pada ketika “kejutan” atau brek mengejut, tekanan klac lega sedikit untuk mengelakkan “sentakan” pada roda belakang. 

BACA: KENAPA ZARCO PILIH KTM?

Sistem ekzos direka sangat dekat dengan kerangka bagi mendapatkan kelegaan tanah yang luar biasa. Ia juga direka untuk akustik tersendiri.  

KTM 790 ini didatangkan dalam versi import sepenuhnya. Ia dijual pada harga RM64,800 (harga badan, tak termasuk insurans dan atas jalan) 

GALERI

Google ads
Back to top button