Buletin

KTMB PERKENAL HELMET PENGIMBAS SUHU. JANGAN INGAT ROBOCOP PULA

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan helmet pengimbas suhu bagi mengekang penularan Covid-19.

Menurut laman Facebook KTMB, pendekatan tersebut merupakan nilai tambah bagi kaedah sedia ada langkah pencegahan wabak berkenaan menggunakan pengimbas suhu di stesen, sanitasi tren dan penggunaan sanitizer tangan.

Katanya, penggunaan helmet berkenaan digunakan anggota Polis Bantuan (PB) yang melakukan rondaan dapat mengesan penumpang bergejala melalui peranti teknologi itu.

“Dengan kaedah-kaedah dilaksankan, ia diharap mampu meningkatkan keyakinan para penumpang menggunakan perkhidmatan KTMB.

“Begitupun, ia masih dalam peringkat percubaan bagi menilai keberkesanan dan kesesuaian PB,” ujarnya lagi.

Google ads
Back to top button