Buletin

TOYOTA DAN SHELL TAWAR PEMERIKSAAN 36 POIN SECARA PERCUMA

Sempena musim perayaan berganda bulan Ramadan, Pesta Keamatan, Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, UMW Toyota Motor dan Shell Malaysia melancarkan “Kempen Keselamatan Balik Kampung” yang bertujuan menjadikan pengalaman balik kampung lebih selamat.

Buat pertama kali, UMW Toyota Motor dan Shell Malaysia menawarkan pemeriksaan 36-poin kenderaan secara percuma, tidak kira bagi kenderaan dari jenama apa sekali pun, bertempat di 20 stesen Shell terpilih seluruh negara.

“Ini merupakan kerjasama pertama Toyota dengan Shell Malaysia bagi kempen keselamatan. Kami menyokong sepenuhnya usaha kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

“Melalui kempen ini, kami ingin membantu memastikan kenderaan yang dipandu berada dalam keadaan baik untuk perjalanan balik kampung,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Shell Malaysia telah memilih dengan teliti stesen-stesen Shell yang strategik untuk menjalankan pemeriksaan percuma ini. Pemilihan tidak hanya berdasarkan kedudukan lokasi yang baik, tetapi disokong oleh rangkaian perkhidmatan lain.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Untuk memberi kemudahan kepada pelanggan, mereka juga boleh menukar minyak enjin di Pusat Servis Shell Helix, berehat sebentar dan menikmati jamuan ringan di Kedai Shell SELECT.

Setiap pemeriksaan akan mengambil masa sekitar 15 minit. Pemilik kenderaan yang menghantar kenderaan mereka untuk pemeriksaan percuma ini akan menerima cenderahati (selagi stok masih ada).

Bagi pemilik kenderaan Toyota pula, mereka akan menerima baucar potongan harga 10% bagi alat ganti terpilih di Pusat Servis Toyota. Selain itu, 10 pelanggan terawal setiap hari akan menerima baucar bahan api berjumlah RM10 daripada Shell Malaysia.

Kerjasama dengan Shell Malaysia ini turut memudahkan pemilik kenderaan Toyota untuk menukar inflator beg udara. Pemasangan inflator berkenaan akan mengambil masa kira-kira satu jam, bergantung kepada model kenderaan.

Pemilik yang tidak pasti sama ada kenderaan mereka terlibat atau tidak dengan panggilan semula ini boleh membuat semakan melalui toyota.com.my atau di kaunter servis semua stesen Shell yang terlibat.

Bagi pelanggan Toyota yang terlibat dengan penggantian inflator beg udara ini, UMWT turut akan memberikan Booklet Potongan Harga Servis.

Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut, layari toyota.com.my atau hubungi talian 1-800-8-TOYOTA (869682).

Tags
Google ads
Back to top button