Buletin

WRC 2018 – PERSAINGAN SENGIT TIGA PENJURU

Persaingan bagi merebut tahta World Rally Championship (WRC) musim 2018 hanya berbaki tiga pusingan sahaja lagi setelah tamat perlumbaan rali di Turki baru-baru ini. Pungutan mata terkini menyaksikan persaingan sengit di antara pendahulu Thierry Neuville, Ott Tänak dan juga penyandang juara Sébastien Ogier.

BACA : WRC 2018 RALI GUANAJUATO MEXICO – SÉBASTIEN OGIER JUARA LAGI!

BACA : WRC 2018 RALI SWEDEN – GILIRAN THIERRY NEUVILLE UNTUK MUNCUL JUARA

Menariknya sewaktu perlumbaan di Turki, pelumba dari Estonia, Ott Tänak dan rakan sepasukan, Jari-Matti Latvala berjaya memberikan kejayaan podium satu – dua buat pasukan Toyota Gazoo Racing WRT, pertama kali semenjak pembuat dari Jepun ini kembali semula ke perlumbaan WRC pada tahun 2017. Sekali gus menobatkan mereka sebagai pendahulu bagi kategori Pembuat dengan Hyundai Shell Mobis WRT di tempat kedua.

Menariknya mengenai Ott Tänak, kejayaan di Turki ini adalah hatrik bagi beliau setelah berjaya menjuarai perlumbaan rali di Finland dan Jerman sebelum ini sekali gus merapatkan jurang kutipan mata.

Dengan kejayaan berturut ini, sudah semestinya Ott Tänak mengharapkan pasukannya terus menambahbaik prestasi Yaris WRC agar konsisten dalam mengutip mata dalam saingan rali yang bersisa tiga pusingan ini.

Manakala malang menimpa buat pelumba dari Perancis Sébastien Ogier yang harus akur apabila terpaksa menarik diri dari saingan akibat kesilapan tidak mahu mendengar kata Jurupandu yang menyebabkan beliau lewat untuk menekan brek hingga melanggar pokok. Sekali gus menyebabkan kehilangan mata berharga. Dan sesuatu yang boleh dipuji apabila Ogier sendiri mengaku kesilapan bodoh beliau yang tidak sepatutnya. Tapi iyalah, benda dah nak jadikan.

Menurut Ogier lagi, pusingan berikutnya di Wales, kesilapan tidak seharusnya berlaku demi memastikan kejuaraannya dapat dipertahankan sekali mencatat kejayaan enam musim berturut. Beliau harus bangkit terutamanya mengekang pasukan Toyota yang tampil konsistent sejak akhir-akhir ini.

Malang turut menimpa pendahulu saingan WRC 2018, Thierry Neuville apabila keretanya mengalami masalah suspensi yang patah. Walau bagaimana pun Neuville masih mampu mengutip lima mata penting bagi peringkat Live Power Stage.

Apa pun, inilah yang menariknya tentang perlumbaan rali. Pantas hari pertama belum tentu eksiden pada hari kedua. Jadi, strategi harus betul, terutamanya untuk mendapatkan setting yang ngam pada kereta. Peranan Jurupandu pun jangan dibuat main.

Kedudukan Pungutan Mata Pelumba

Thierry NEUVILLE – 177 mata

Ott TÄNAK – 164 mata

Sébastien OGIER – 154 mata

 

Google ads

B K

Back to top button