Buletin

LAMBORGHINI GALLARDO DITAMATKAN PRODUKSI

Kilang Sant’Agata Bolognese di Itali menjadi saksi kepada produksi terakhir jentera berkuasa tinggi Lamborghini Gallardo. Model terakhir, Gallardo LP 570-4 Spyder Performante berwarna merah itu dikatakan akan menjadi milik seorang penyimpan koleksi. 

2_Last Gallardo and Assembly Line   Lamborghini Team

Dengan jumlah 14,022 unit, Gallardo bukan sahaja menjadi model Lamborghini yang paling banyak dihasilkan. Malah ia juga disifatkan sebagai kereta super sport paling berjaya.

070607lam

Gallardo muncul sebagai salah sebuah model Lamborghini sejak sepuluh tahun lalu. Sejak itu, produksi model Lamborghini melonjak kepada 2,000 unit setahun. Sedangkan sebelum ini Lamborghini hanya menghasilkan 250 unit kereta sahaja dalam tempoh tersebut.

65848sgear_2

Karier Gallardo bermula pada Geneva Motor Show 2003. Reka bentuknya yang unik dan ekstrem oleh Centro Stile Lamborghini bertangunggjawab dalam memacu kejayaannya.

052075100_1213085945

Varian Gallardo berkembang kepada Gallardo Spyder yang dihasilkan pada tahun 2005, sebelum disertai oleh Gallardo Superleggera dua tahun kemudian. Generasi kedua Gallardo hadir pada tahun 2008.

290705lam

Bahagian hadapan dan belakangnya menerima rekaan baharu. Ia juga dilengkapi enjin pancitan baharu yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 560hp. Gallardo LP 560-4 membuktikan bahawa produk yang cemerlang juga boleh ditingkatkan kualitinya.

021006-c-mph

Kehebatan varian Gallardo disempurnakan oleh Super Trofeo Stradale dan akhirnya, Gallardo Squadra Corse. Gallardo terus membuktikan kemampuan hinggalah ke hujung produksinya apabila berjaya mencatat masa terpantas di litar Hockenheim (Jeman), serta Balocco dan Vairano di Itali.

lamborghini_6604cok-gr

Lamborghini Gallardo dijual di lebih 45 buah negara di seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button