Buletin

LAMBORGHINI HURACAN

Pembuat kereta sport mewah, Automobili Lamborghini akhirnya memperkenalkan model gentian Lamborghini Gallardo. Dikenali sebagai Lamborghini Huracán, ia bakal melakukan debut pada Geneva Motorshow 2014, sebelum diperkenalkan dalam 130 majlis previu persendirian di seluruh dunia. 

04_Lamborghini Huracán LP 610-4

Nama Huracán sebenarnya diambil daripada nama baka lembu Conte de la Patilla breed Sepanyol pada tahun 1879 yang dikenali kerana semangat dan sifatnya yang gemar menyerang.

Reka bentuk Huracán merevolusikan hala tuju rekaan Gallardo dengan garis-garis tubuh yang tajam. Ia menawarkan kabin yang inovatif bersama panel instrumen berwarna bersaiz 12.3 inci. Selain kemasan kulit Nappa dan Alcantara dengan beberapa kombinasi warna mengikut kehendak pembelinya.

Jentera itu dibina di atas kerangka yang dibina hasil gabungan material karbon dan aluminium. Hanya seberat 1,422kg ia menawarkan nisab berat bagi setiap kuasa kuda yang mengagumkan (2.33kg per hp).

02_Lamborghini Huracán LP 610-4

Huracán dipacu oleh unit enjin V10 bersesaran 5.2 liter yang mampu menjana kuasa sehingga 610hp @ 8,250rpm dan tork maksimum 560Nm @ 6.500rpm. Enjin tersebut turut dipasang dengan sistem pancitan terus bahan api pintar, ‘Iniezione Diretta Stratificata (IDS).

Enjin tersebut kemudian dipadankan dengan kotak gear klac berkembar tujuh kelajuan Lamborghini Doppia Frizione (LDF) dan dikawal sepenuhnya oleh sistem pacuan empat roda elektronik.

Hasilnya, enjin itu lebih berkuasa dan menjimatkan berbanding enjin V10 pada Gallardo. Pecutan maksimumnya ialah 325km/j dan pecutan dari 0-100km/j hanya memerlukan 3.2 saat.

Huracán dibina di ibu pejabat Automobili Lamborghini di Sant’Agata Bolognese, Itali. Penghantaran pertama kepada pelanggan dijadul bermula pada musim bunga 2014. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button