Stail

LANGKAH KIRI KEANU REEVES

Judul:47 Ronin

Genre: Fantasi/aksi

Pengarah:  Carl Rinsch

Pelakon: Keanu Reeves, Rinko Kikuchi,  Asano Tadanobu, Hiroyuki Sanada, Kou Shibasaki, Jin Akinishi, Cary-Hiroyuki Tagawa dan Rick Genest

Bintang: **1/2 

kinopoisk.ru

KEANU REEVES paling diingati menerusi siri filem pecah panggung, Matrix yang kali terakhir dibikin menggunakan judul The Matrix Revolutions (2003). Sejak itu, meskipun muncul menerusi filem-filem  seperti The Lake House (2006) dan The Day the Earth Stood Still (2008), Keanu   gagal meneruskan kegemilangan sebagai pelakon filem pecah panggung seperti yang digapainya menerusi trilogi filem The Matrix.

Tahun ini, naskhah berjudul,  47 Ronin  yang dihasilkan dengan kos mencecah RM544 juta (AS$170 juta)  menjadi  taruhan Keanu untuk kembali bersinar. Adakah ia langkah kanan atau langkah kiri buat Keanu?

hib-47 ronin10

Penuh risiko. 47 Ronin sebenarnya hampir seratus peratus  menampilkan elemen tentang Jepun, jika tidak kerana menampilkan Keanu sebagai teraju utamanya.  Jelas sekali, ia memaparkan mengenai epik sejarah silam Jepun. Filem ini  turut menampilkan karakter pahlawan dan raksaksa, atau dalam erti kata lain sebuah naskhah berwajah Asia.

Berlatarkan era kurun ke-18  di Jepun pada zaman pemerintahan Togugawa, ia diadaptasi daripada sejarah 47 Ronin yang sudah banyak kali diadaptasi sebelum ini. Justeru, apabila Hollywood turut mengadaptasi epik 47 Ronin, apakah hasilnya hebat untuk dinikmati?

hib-47 ronin6

Keanu melakonkan karakter Kai, pahlawan berdarah kacukan yang dilatih oleh 47 Ronin. Mereka ialah sekumpulan pahlawan Jepun yang cukup dikenali dengan gelaran samurai. Khidmat Kai diperlukan untuk membantu 47 Ronin mempertahankan negara mereka daripada serangan tentera syaitan.

Asas 47 Ronin sebenarnya berkisar tentang kesetiaan dan pengorbanan samurai terhadap ketua  mereka. Kisah tragis 47 Ronin dicetuskan oleh Lord Kira yang menggunakan ilmu sihir sehingga menyebabkan Puteri Mika dilarikan Lord Kira untuk dijadikan isteri. Sementara ketua samurai, Oishi telah dikurung di bawah tanah.

hib-47 ronin9

Oishi kemudian melatih beberapa orang samurai termasuk Kai untuk bangkit menentang Lord Kira, sekali gus menyelamatkan Puteri Mika.

Jalan ceritanya jelas sekali membuktikan ini sebuah naskhah epik fantasi sejarah. Ia  sesuatu yang agak sukar untuk dijelmakan bagi meruntun jiwa audiens disebabkan kandungan elemen sejarah silam Jepun tersohor itu.

hib-47 ronin8

Entah kenapa, biarpun ia berwajah Jepun, jiwa Jepun  kurang terasa. Dari segi visual, naskhah ini sememangnya kelihatan memukau. Selain aksi, filem ini turut dilengkapi  dengan elemen percintaan dan humor – tipikal naskhah Hollywood.

Filem ini dihasilkan seolah-olah  ia merupakan hasil rujukan bahan-bahan tentang sejarah 47 Ronin semata-mata.

hib-47 ronin5

Selaku teraju utama, Keanu sebagai Kai merupakan faktor paling penting dalam menyuntik jiwa terhadap naskhah arahan Carl Rinsch ini. Kai digambarkan sebagai sering menjadi mangsa  buli terutama kerana dia berdarah kacukan. Dia kemudian cuba untuk meraih kepercayaan dan penghormatan 46 ronin yang lain sebelum dirinya diterima sebagai ronin yang ke-47.

Malangnya dalam kebanyakan masa kemunculannya, Keanu kelihatan kurang menyakinkan sebagai seorang samurai  yang dipandang rendah keupayaannya. Jauh sekali jika hendak dibandingkan  dengan lakonannya sebagai Neo, teraju utama trilogy The Matrix yang cukup  menyakinkan itu.

slider dlm

Adakah ini langkah kanan Keanu dalam usahanya untuk kembali bersinar sebagai pelakon filem pecah panggung Hollywood? Mungkin tidak.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Check Also
Close
Back to top button