Buletin

LAND CRUISER 70 KEMBALI DIPERKENALKAN DI JEPUN – DILENGKAPI TOYOTA SAFETY SENSE, JANA 201HP, HARGA BERMULA RM151K

Selepas diperkenalkan di UAE, kini Toyota kembali menawarkan SUV off-road yang dihormati, Land Cruiser 70 ke pasaran Jepun.

Dari segi dimensi, ia berukuran 4,890mm panjang, 1,870mm lebar, 1,920mm tinggi dan jarak roda 2,730mm.

Biarpun generasi terbaru, rekaannya tetap menggunakan gaya lama, seperti model tahun 1984, di mana jeriji, lampu dan bampar hadapan dibuat menyerupai model lama tetapi telah menerima sedikit kemas kini reka bentuk supaya tidak kelihatan terlalu “old school”.

Perincian menarik lain terdapat pada Land Cruiser 70 adalah seperti cermin sisi pada fender kiri serta masih menggunakan pintu belakang jenis model lama (suicide door) lengkap dengan tayar ganti.

Selain itu, Land Cruiser 70 turut menampilkan naik taraf teknologi keselamatan dan sistem multimedia.

Rekaan dalamannya dilengkapi gugusan meter dan konsol tengah direka semula untuk ergonomic termasuklah, mempunyai paparan pelbagai maklumat (MID) 4.2-inci, skrin sentuh 6.7-inci dengan ketersambungan Apple CarPlay/Android Auto.

Bagi ciri keselamatan, ia membawakan kawalan kestabilan kenderaan (VSC), kawalan cengkaman aktif (A-TRC), bantuan mula mendaki (HAC), dan kawalan menurun cerun (DAC).

Turut disertakan ialah Toyota Safety Sense (TSS) yang memberikan fungsi seperti amaran keluar laluan, bantuan pengenal tanda trafik, lampu tinggi automatik serta sistem pra-pelanggaran.

Beralih pada kuasa, Land Cruiser70 di Jepun dilahirkan semula serta ditawarkan secara eksklusif sebagai SUV enam pintu, dikuasakan oleh nadi turbodiesel 2.8 liter, berupaya menghasilkan 201hp dan tork 500Nm.

Di Australia, model ini boleh dimiliki dengan diesel V8 manakala UAE mendapat enjin gas V6 4.0 liter aspirasi semula jadi.

Untuk harga pula, ia dijual dengan tanda harga bermula 4,800,000 yen (RM151,325).

Toyota menganggarkan ia akan menjual kira-kira 400 unit setiap bulan di pasaran domestiknya.

GALERI:

Google ads
Back to top button