TOYOTA HILUX CHAMP DILANCAR DI THAILAND, ENJIN SEKECIL 2.0L PETROL, DARIPADA RM61 RIBU!
Selepas sekian lama berjaya dengan siri IMV seperti Hilux, Innova dan Fortuner, Toyota memperkenalkan model pertama IMV 0 (Innovative International Multi-purpose Vehicle 0 (Zero) iaitu pikap Hilux Champ.
Toyota Motor Corporation (Toyota) dan Toyota Motor Thailand Co., Ltd. (TMT) melancarkan Hilux Champ di Bangkok selepas diperkenalkan terlebih dahulu di Pameran Mobiliti Jepun 2023.
Siri IMV dibangunkan di bawah kepimpinan Akio Toyoda, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Rantau Asia dan sekarang ini memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah.
Siri IMV dibangunkan bersama jurutera tempatan dengan membawa semangat genchi-genbutsu untuk menyumbang kepada ekonomi Asia bersama rakyat Asia.
Sejak dilancar di Thailand pada 2004, model IMV telah berada di lebih 180 buah negara dan rantau serata dunia dan dikembangkan bagi memenuhi keperluan semasa dan masyarakat setempat.
Siri IMV begitu masyhur di Thailand dan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian.
Siri IMV juga telah menyumbang kepada ekonomi Thailand dengan jualan dalam negeri melebihi 2.7 juta unit dan lebih empat juta unit dieksport ke luar negara.
Selarin dengan perkembangan industri automotif dan kepelbagaian keperluan pelanggan, gaya hidup pelanggan Thailand juga berubah.
Untuk siri IMV baharu, Toyota mengambil keputusan untuk kembali kepada asal dengan mengeluarkan sebuah pikap yang benar-benar mampu milik dan memenuhi keperluan pelanggan.
Jurutera tempatan mengetuai pembangunan IMV 0 selepas membuat penyelidikan mendalam tentang gaya hidup pelanggan.
TMT menawarkan lapan varian bagi memenuhi keperluan dan kegunaan perniagaan.
Di antaranya model jarak roda pendek (SWB) dan panjang (LWB), dek rata terbuka, tiga jenis enjin iaitu 2.0 liter dan 2.7 liter petrol, 2.4 liter diesel, kotak gear manual lima kelajuan dan automatik enam kelajuan.
Dek belakang mempunyai lubang bolt pada pelbagai tempat untuk memuatkan aksesori khas. Dari gambar boleh dilihat pelbagai ubah suai yang boleh dilakukan pada pikap ini.
Hilux Champ 2.4 liter diesel LWB dek terbuka berukuran 5,300 milimeter (mm) panjang, lebar 1,785 mm, tinggi 1,735 mm dan jarak roda 3,085. Pusingan minimum ialah 5.4 meter.
Berat badan 2,790 kilogram (kg) dan boleh membawa muatan sehingga 1,000 kg. Hilux Champ hanya digerakkan pacuan dua roda.
Berkenaan harga, pikap yang dikeluarkan di kilang Samrong ini ditawarkan dari 459,000 (RM61,207) hingga 577,000 baht (RM76,942) dan tempahan sudah dibuka untuk pelanggan Thailand.
- BACA: TOYOTA CAMRY 2025, 2.5L HIBRID SAHAJA, DIREKA DI AMERIKA SYARIKAT
- BACA : TOYOTA CROWN SEDAN DILANCAR DI JEPUN, FCEV DAN HIBRID!
- BACA: 300 JUTA KENDERAAN TOYOTA DIKELUARKAN SEJAK 1935, SIRI COROLLA PALING BANYAK!
- BACA: TOYOTA CROWN KEMBALI, SEDAN PREMIUM DAN TINGGI DARIPADA CAMRY!
- BACA: TRD PERFORMANCE PACKAGE UNTUK TOYOTA TUNDRA, DARI 389 HP KEPADA 421 HP!
- BACA: TOYOTA SEDIA SIMULATOR UNTUK CUBA ISODYNAMIC PERFORMANCE SEAT, KERUSI DENGAN PENYERAP HENTAK!
- BACA: TOYOTA FT-Se, KERETA SPORT ELEKTRIK TAMPIL GARANG DI TOKYO!