Buletin

LIMA UNIT TOYOTA GR YARIS RALLY2 DIJANGKAL BERAKSI DI RALLYE MONTE-CARLO 2024

Prinsipal pasukan Toyota Gazoo Racing, Jari-Matti Latvala mendedahkan bahawa dijangkakan lima unit jentera baharu, Toyota GR Yaris Rally2 bakal beraksi di Rallye Monte-Carlo 2024 sebagai perlumbaan pembuka tirai.

Jentera Toyota GR Yaris Rally2 serba baharu ini, merupakan jentera untuk pelanggan yang pertama dikeluarkan oleh Toyota Gazoo Racing, kini sedang menjalani proses homologasi. Jentera tersebut telah membuat penampilan umum pertamanya di Rali FORUM8 Jepun pada 2022 yang lalu dan sejak itu ianya telah menjalani program pembangunan yang ekstensif sebagai persediaan untuk penampilan sulungnya dalam persaingan.

Jari-Matti Latvala, yang telah terlibat secara aktif dalam sesi ujian Toyota GR Yaris Rally2 ini, menyatakan bahawa pasukannya menyasarkan untuk menghasilkan 40 hingga 50 GR jentera tersebut di kilang Jyväskylä pada tahun 2024 nanti, dengan sehingga lima unit daripadanya didedikasikan khusus untuk Rallye Monte-Carlo selaku perlumbaan pembukaan pada 25 – 28 Januari 2024 nanti.

“Kami mempunyai senarai besar untuk mereka yang berminat, tetapi ia tidak seperti kami dapat mengesahkan pesanan mereka. Pertama, saya mesti mengatakan bahawa dua rali pertama adalah yang paling penting bagi kami, Monte-Carlo dan Sweden, yang kami boleh menyediakan kereta di sana untuk pemandu teratas”, ujar Jari-Matti Latvala.

Beliau menjelaskan lagi bahawa pelanggan yang mengambil bahagian dalam kelas WRC2 akan diberikan keutamaan, diikuti oleh FIA European Rally Championship, pemandu peringkat kebangsaan, dan sebagainya.

“Apabila kita pergi dari WRC ke keutamaan seterusnya, keutamaan seterusnya ialah kejuaraan Eropah. Di situlah kami benar-benar memberi tumpuan kepada pemandu yang berminat untuk memandu dalam kejohanan tersebut. Kami akan berada di sana, menawarkan kereta secara peribadi untuk mereka, dan kemudian kami cuba membantu kejuaraan kebangsaan juga selepas itu.”

Untuk rekod, pasukan Toyota Gazoo Racing mempunyai program pemandu yang dinamakan TGR Challange seperti Hikaru Kogure dan Yuki Yamamoto yang akan menyertai beberapa perlumbaan terpilih di Eropah. Walau bagaimana pun, Toyota tidak mempunyai perancangan untuk menyertai WRC2 sebagai pasukan pengeluar.

Pastinya kehadiran jentera Toyota GR Yaris Rally2 secara rasmi di kelas WRC2 pada musim hadapan akan memberikan saingan kepada model Skoda Fabia RS Rally2 yang terbukti kehandalannya sejak sekian lama dalam kelas perlumbaan sokongan WRC ini.

BACA : TOYOTA GR YARIS RALLY2 BAKAL BERAKSI DI ERC & WRC

BACA : INILAH DIA TOYOTA GR YARIS RALLY2. NAK TEMPAH BOLEH?

Google ads

B K

Back to top button