Buletin

HYUNDAI IONIQ 5 N MENANG ANUGERAH CAR OF THE YEAR TOPGEAR 2023!

Memahat kehebatan sesebuah kereta apabila diiktiraf industi selain pengguna sendiri. Terbaru, kereta elektrik (EV) Hyundai IONIQ 5 N dipilih sebagai Car of the Year di dalam Anugerah TopGear.com 2023.

EV berprestasi itu meneruskan kecemerlangan IONIQ 5 yang memenangi World Car of the Year 2022.

Sebelum ini Hyundai i20 N menang anugerah Performance Car of the Year 2021 juga dari TopGear.

Di antara ciri-ciri yang memenangi para juri ialah lonjakan kuasa serta prestasi penyejukan bateri dan pembrekan yang dipertingkatkan.

Motor elektrik IONIQ 5 N boleh berputar sehingga 21,000 rpm dengan angka 601 kuasa kuda (hp) dalam keadaan biasa dan penambahan 40 hp di dalam mod N Grin Boost (NGB).

Daya kilas NGB meningkat kepada 770Nm daripada 740Nm dan lonjakan kuasa dan tujahan itu boleh dinikmati selama 10 saat.

Pecutan dari 0 sehingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya perlu 3.4 saat dan kelajuan 259 km/j boleh dicapai di litar.

Rombakan turut dibuat pada perkakasan lain seperti turus stereng yang diperkukuh untuk tindak balas lebih baik.

Suspensi Kawalan Elektronik menyesuaikan kekenyalan suspensi mengikut mod pemanduan. Kereta ini juga dikawal pelbagai perkakasan elektronik. 

Satu fungsi menarik ialah N Pedal di mana sistem perisian canggih akan mengubah sensitiviti pendikit untuk melayani selekoh dan pembahagian N Torque pada bahagian depan dan belakang.

Keseronokan EV berprestasi diteruskan melalui N e-shift yang meniru kotak gear dua cekam lapan kelajuan model petrol N. 

Bunyi EV bosan? N Active Sound+ memberikan runut bunyi yang menyerlahkan kuasa EV.

Hyundai IONIQ 5 N sudah pun ditawarkan di beberapa negara dan harga di United Kingdom bermula daripada 65,000 pound (RM383,055).

BACA: DYMAG, HANKUK KARBON DAN HYUNDAI BANGUNKAN RIM KARBON HIBRID UNTUK MODEL N!

BACA: HYUNDAI SANTA FE 2024 TAMPIL BERKOTAK, LEBIH MEWAH, HAMBURAN KUASA 277HP

BACA: HYUNDAI KONA N LINE 2023, 1.6L TURBO 190 HP, 264NM, 8 KELAJUAN AUTOMATIK!

Google ads
Back to top button