
LEAPMOTOR MALAYSIA TAWAR PROMOSI UNTUK C10 – DUA PILIHAN REBAT EKSKLUSIF BERNILAI RM10K
Sempena sambutan Tahun Baharu Cina Tahun Ular, Leapmotor Malaysia memperkenalkan promosi istimewa untuk SUV elektrik Leapmotor C10.
Dengan reka bentuk inovatif, kejuruteraan berkualiti tinggi dan komitmen terhadap kelestarian, Leapmotor C10 kini ditawarkan dengan dua pilihan rebat eksklusif bernilai RM10,000.
Harga & Tawaran Istimewa SUV elektrik serba baharu Leapmotor C10 ditawarkan pada harga RM159,000, dengan pelanggan berpeluang memilih salah satu daripada dua pilihan rebat berikut:

Pilihan 1: Rebat tunai RM10,000
Pilihan 2: Pakej bernilai RM10,000 yang merangkumi:
- Pengecas Wallbox bernilai RM3,000
- Kredit pengecasan RM2,000
- Sokongan insurans RM5,000
(Promosi sah sehingga 28 Februari 2025)
SUV ini turut disertakan dengan waranti komprehensif selama 6 tahun atau 150,000km, serta waranti bateri selama 8 tahun atau 160,000km.

Pelanggan dijemput ke mana-mana pusat jualan Leapmotor di seluruh negara dari 17 Januari hingga 9 Februari 2025 untuk sesi uji pandu dan tempahan Leapmotor C10.
Selain itu, pelbagai aktiviti menarik bertemakan perayaan turut disediakan untuk seisi keluarga bagi menyemarakkan sambutan Tahun Ular.
Kunjungi pusat jualan Leapmotor berhampiran atau layari www.leapmotor-international.com.my untuk maklumat lanjut.
- BACA: TAK PUAS HATI DENGAN KEPUTUSAN PEMERIKSAAN, PELANGGAN TAMPAR STAF PUSPAKOM
- BACA: BYD SEAL CATAT SEJARAH DI MALAYSIA CAR OF THE YEAR 2024
- BACA: KORBANKAN TESLA UNTUK SELAMATKAN PORSCHE DARI KEBAKARAN L.A. – PILIHAN YANG TEPAT
- BACA: AUDI MALAYSIA UMUM STRUKTUR HARGA BAHARU, LENGKAP PAKEJ JAMINAN AUDI