
LEBIH BANYAK KENDERAAN LULUS 5 BINTANG UJIAN KEMALANGAN ASEAN NCAP
Semakin banyak kereta dijual, semakin ramai pengguna jalan raya dan semakin tinggi risiko kemalangan jalan raya yang berlaku. Pada pendapat peribadi penulis beli kereta terpakai murah murah secara tunai tanpa sistem brek ABS, beg keselamatan udara dan sistem VSC haruslah dielakkan. Apabila anda memilih kereta baru, cuba beli kereta yang ada keselamatan yang baik
Menjelang tahun 2021, ASEAN NCAP telah mengeluarkan 9 senarai kereta yang telah menjalani ujian kemalangan dan mendapat skor 5 bintang sepanjang tahun 2021. Berikut ialah senarai kereta/crossover/SUV yang menerima skor 5 bintang dari ASEAN NCAP
1. Mitsubishi Outlander – merupakan sebuah SUV dengan 7 tempat duduk berjaya mendapat markah 83.54% dilengkapi dengan 7 beg udara, Active Stability Control (ASC), Driving Radio Recorder, All Round Monitor, Rest Reminder with Alert dan juga bagi versi yang diuji oleh ASEAN NCAP dilengkapi dengan fungsi Blind Spot Warning. Namun ciri ini tidak dipasang bagi varian yang dijual di Malaysia
2. Nissan Kicks – skor 34.06 untuk penumpang dewasa, 40.7 untuk kanak-kanak, 13.57 untuk Advance Driving Assistance Sytem iaitu Nissan Intelligent Mobility (markah keseluruhan 88.3%). Sistem ini merangkumi Adaptive Auto Cruise, Intelligent Forward Collision Warning and Braking, Blind Spot Warning, Rear Cross Traffic Alert, Driver Attention Alert. Rasa-rasa Nissan Kicks ini masuk Malaysia tak?

3. Toyota Innova – merupakan sebuah MPV 8 tempat duduk yang dibina dengan menggunakan cesi yang sama oleh Toyota Hilux. Innova berjaya mendapat skor keseluruhan 86.29% dilengkapi dengan ESC, 7 beg udara, kabin diperkukuhkan, Panaromic View Monitor, Front and Rear Digital Recorder
4. Proton X50 Standard – merupakan varian termurah yang diuji namun masih lagi dilengkapi dengan 4 beg udara, ESC, Hill Decent Control dan Auto Brake Hold berjaya mendapat skor 84.26%. Pada harga RM 79,200 ia merupakan varian Proton X50 paling mampu milik.

5 Toyota Corolla Cross – merupakan sebuah crossover yang menggunakan cesi Toyota Corolla. Crossover ini dilengkapi dengan sistem Blind Spot Warning, Rear Cross Traffic Alert, 7 beg udara, Panaromic View Monitor, Tyre Pressure Monitor System berjaya meraih 88.61%. Kami menjangka crossover ini akan dipasarkan di Malaysia tahun depan
6. Toyota Hilux 2.8 – siapa sangka kenderaan pacuan 4×4 yang lasak mulai dipasang dengan pelbagai ciri keselamatan bagi menarik perhatian pembeli. Hilux berjaya mendapat skor 83.42% dilengpki dengan ciri Pre-Collision System, Lane Departure Alert, Dynamic Radar Cruise Control, Panaromic View Monitor, Blind Spot Monitor dengan Rear Cross Traffic Alert.

7. Honda City 2020 – varian yang diuji ialah varian yang dipadankan dengan enjin 1.0 Turbo (versi Thailand) namun memiliki ciri yang sama dengan varian 1.5E dan 1.5 S yang menggunakan 4 beg udara. Varian ini berjaya mendapat skor 86.54% untuk pematuhan ujian keselamatan datang dengan VSA dan dipadankan dengan teknologi Honda Lane Watch (sama seperti Honda 1.5V)
8. Isuzu D-Max 1.9 – kenderaan 4×4 keluaran Isuzu ini berjaya mendapat skor 83.16% bagi model yang dilengkapi dengan sistem Blind Spot Warning, 2 beg udara, dan juga sistem ESC. Tapi untuk model yang dijual di Malaysia, sistem Blind Spot Warning tidak ditawarkan