
CUPRA HASILKAN SNEAKERS DENGAN MIKAKUS. 2 MODEL, BERMULA RM863 SEPASANG
Penglibatan pengeluar kenderaan dalam perniagaan sampingan bukanlah perkara baharu. Terkini, jenama Cupra telah bekerjasama dengan jenama Mikakus yang berpangkalan di Barcelona untuk menghasilkan kasut (sneaker).
Jenama fesyen antarabangsa milik pemain bola sepak Andres Iniesta itu menawarkan model kasut Garage dalam warna biru dan putih, serta varian Paddock.
Koleksi Mikakus x Cupra menampilkan warna tradisional Cupra dan logo syarikat pada bahagian atas kasut yang diinspirasikan daripada model SUV Cupra Formentor.

“Dengan koleksi eksklusif ini, kami mengalu-alukan kedatangan Mikakus ke dalam Cupra Tribe, satu jenama fesyen yang berkongsi visi Cupra.
“Seterusnya memberi inspirasi kepada dunia menerusi produk yang eksklusif dan tidak konvensional,” kata Pengarah Strategi Operasi dan Pembangunan Perniagaan Cupra, Antonino Labate.

Kasut Mikakus x Cupra membuktikan hasrat Cupra untuk menghasilkan lebih banyak produk gaya hidup buat pengguna. Dalam tempoh beberapa bulan lagi, Cupra akan mengembangkan koleksinya dengan rakan-rakan baharu.
Kasut berkenaan didatangkan dalam saiz 36 to 46 (5-12 US). Model Paddock dijual di kedai utama Mikakus di Barcelona pada harga €189 (RM932) sepasang. Manakala model Garage berharga €175 (RM863).
Kasut itu juga akan dipamerkan di rangkaian pengedar Cupra bersama lampu tanpa wayar dan boleh dicaj semula, Chispa by Marset for Cupra. Lampu tersebut dilancarkan enam bulan lalu dan mula dijual pada Oktober 2020.
- BACA: KASUT LASAK KLIM ADVENTURE GTX. SESUAI UNTUK RIDE, HIKING, KEGUNAAN HARIAN
- BACA: PROJEK D’BRIS BIKIN KASUT GUNA SAMPAH, TAYAR LAMA. SIAPA KATA BARANG LAMA TAKDE NILAI?
- BACA: KEN BLOCK : DARI TAUKE KASUT, GYMKHANA DAN SENSASI INTERNET
- BACA: HONDA HASILKAN KASUT KHAS UNTUK PEMANDU
GALERI