Artikel PilihanBuletin

LELAKI INI BAYAR RM44,000 WANG PENDAHULUAN BMW MENGGUNAKAN DUIT SYILING

Bagaimanakah caranya kau menunjukkan kekayaan (atau kebangangan) kepada khalayak? Adakah dengan memaparkan sesi makan nasi lauk kicap tepi jalan di negara asing semata-mata nak tunjuk kau low profile dan selera Melayu? atau beli kereta harga RM2 juta tapi pakai road tax Sabah Sarawak?

Ini kisah yang berlaku pada seorang ahli perniagaan dari China yang menggunakan wang syiling untuk membayar deposit sebuah kereta BMW di China. 

BACA: MEMPERKENALKAN KLON ALPHARD CHINA 

Beberapa hari lepas, tersebar video para pekerja premis jualan BMW sedang mengira duit kecil yang berjumlah kira-kira 72,000 yuan (atau RM44,000) yang dikatakan dibayar seorang lelaki untuk bayaran wang pendahuluan sebuah kereta BMW.

Syiling lima mao (5p) tersebut dikatakan merupakan wang simpanan lelaki tersebut untuk beberapa tahun, khas untuk tujuan membeli kereta.

Sementara itu, baki pinjaman sebanyak RM200,000 lagi dibayar menggunakan cek bank.

Kelakar, sebab menyusahkan pekerja tersebut. Lebih baik pergi ke bank dan depositkan menerusi bank dan bayar dengan cara pindahan atau cek bank (bankers cheque) lebih mudah. 

 

Google ads
Back to top button