Artikel Pilihan

LELAKI INI KEJUTKAN BAPANYA DENGAN HADIAH ISTIMEWA UNTUK KRIMAS – SEBUAH CELICA/SUPRA YANG SAMA PERNAH DIMILIKI SATU KETIKA DAHULU (+VIDEO)

Bagi yang tak minat kereta, mereka beranggapan yang kereta hanyalah sekadar kenderaan yang membawa kita dari titik A ke titik B. Lain halnya bagi seorang peminat kereta, ia bagaikan pasangan kedua yang berkongsi perjalanan hidup kita bersama keluarga sehinggalah satu masa di mana kita harus menukarnya dengan kereta lain atas faktor tertentu.

Kisah ini memang sangat menyentuh hati jadi bagi yang hati tisu tu sediakan tisu banyak-banyak sikit. Ia berkisarkan tentang seorang ayah, anak lelakinya dan sebuah Toyota Celica/Supra 1985 berwarna putih kesayangan si ayah.

Ia merupakan kereta kesayangan si ayah yang telah membelinya pada peringkat awal perkahwinan sebelum anak lelakinya dilahirkan. Ia dijaga dengan baik dan menjadi kenaikan harian beliau sehinggalah dia kehilangan kereta ini dalam satu kemalangan akibat kecuaian pemandu lain pada tahun 2006. Malah sebelum kereta tersebut dibeli, beliau telah menampalkan gambar-gambar Celica/Supra tersebut di dinding pejabat beliau.

Menariknya dua beranak ini merupakan peminat kereta dan si ayah sering menceritakan kisah tentang Supra kesayangannya kepada anak lelaki beliau sehinggalah si anak bertekad untuk menggantikan Supra yang sama seperti pernah dimiliki ayah beliau.

Menurut anak lelaki yang bernama Dalan Ruttan ini, Supra tersebut merupakan kereta idaman ayah beliau sewaktu beliau (Dalan) masih dalam kandungan ibunya. Ibu beliau inginkan sebuah rumah untuk mereka sekeluarga dan akhirnya mereka berjaya mendapatkan sebuah rumah di Victoria dan si ayah berjaya mendapatkan sebuah Celica/Supra idaman beliau berwarna putih lengkap dengan sunroof dan kemasan dalaman berwarna merah (Terracota).

Keluarga ini kemudiannya cukup lengkap dengan rumah baru, kereta baru dan Dalan sendiri sebagai ahli keluarga terbaru. Sehinggalah pada tahun 2006 bila kereta tersebut terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah Honda Integra yang sedang berlumba dan kemudian dilanggar pula oleh sebuah Jeep. Ia rosak sepenuhnya dan diistiharkan sebagai total lost.

Sama seperti ayahnya, Dalan tidak pernah melupakan kereta tersebut dan berhasrat mencari ganti kereta yang sama untuk dihadiahkan kepada ayahnya.

Beberapa tahun lalu Dalan memulakan projeknya dan menemui sebuah Celica/Supra dengan enjin yang sudah dibaikpulih tetapi badannya terlalu berkarat menyebabkan projek itu tergendala.

Kemudian pada Sepember 2015, beliau menemui calon lain yang lebih sesuai iaitu sebuah Celica/Supra putih keluaran 1986. Ia mempunyai masalah pada bahagian injapnya dan perlu dibaikpulih.

Enjinnya telah ditanggalkan dan dibina semula dan bahagian lain dibersihkan, direstorasi dan dihias agar menyamai Supra asal milik ayahnya yang telah musnah sebelum ini.

BACA: CELICA 1000HP V8 4WD –  DAN IA MASIH SAH DIGUNAKAN DI JALAN RAYA

Dalan berhajat untuk menghadiahkan kereta ini sebagai hadiah Krismas kepada ayahnya tetapi terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan dan hanya boleh diserah kepada pada bulan Januari berikutnya.

Korang boleh saksikan video sewaktu kereta ini diserahkan kepada si ayah dan bagaimana confuse wajah si ayah bila melihat kereta ini.

Bukan hanya rupa luaran, Dalan turut melengkapkan kereta ini dengan pemain CD dan CD lagu kegemaran yang sama selalu didengar oleh ayahnya sewaktu memandu Celica/Supranya dahulu.

Perbezaan yang nyata bagi kereta ini berbanding model sebelumnya ialah ia kini menggunakan transmisi manual lima-kelajuan berbanding automatik sebelumnya. Masalah kecil je ni sebenarnya dan boleh ditukar di kemudian hari jika diperlukan.

Kisah memang menyentuh hati dan abang harap anak lelaki abang pun akan lakukan perkara yang sama pada Tiara hybrid ni andai ia hilang satu hari nanti.

Kredit kepada Jalopnik

Google ads
Back to top button